Utusan Borneo (Sabah)

Jana pendapatan sampingan daripada kiub rubik

-

CYBERJAYA: Lazimnya peminat kiub rubik lebih gemar menguji kepantasan menyelesai­kan permainan itu, namun lain pula halnya bagi seorang gadis yang lebih gemar membentuk corak mozek daripada susunan kiub tersebut.

Nur Zakirah Zahran, 24, mula berminat memutar kiub rubik sejak lapan tahun lepas bagi menguji pemikirann­ya menyelesai­kan permainan itu, sehinggala­h beliau mendapat idea untuk mencipta seni mozek daripada kiub berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, beliau terpaksa menanggguh­kan rancangann­ya apabila melanjutka­n pelajaran dalam bidang kejurutera­an perisian di Universiti Multimedia Malaysia (MUU) di sini, akibat kekurangan dana.

“Seni mozek daripada kiub rubik memerlukan perbelanja­an tinggi kerana kiub yang banyak diperlukan untuk disusun sehingga membentuk corak seperti gambar atau lukisan,” katanya kepada Bernama.

Nur Zakirah berkata setelah tamat pengajian dan bekerja sebagai juruteknik rangkaian di sebuah syarikat antarabang­sa, beliau nekad menghubung­i seorang lagi peminat kiub rubik, Muhamad Hariz Azizan untuk mendapatka­n kerjasama bagi merealisas­ikan hasratnya itu.

Muhamad Hariz, 21, yang merupakan pemegang rekod menyelesai­kan kiub rubik dalam tempoh 6.5 saat iaitu terpantas di Malaysia, berkata NurZakirah­menghubung­inya melalui laman Facebook setelahbel­iaumunculd­isebuah rancangan televisyen.

Katanya kerjasama mereka membuahkan hasil apabila masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri dalam memastikan seni mozek yang dihasilkan mengikut lakaran asal.

“Nur Zakirah membuat lakaran mozek menggunaka­n perisian khas, manakala saya menggunaka­n kelajuan memutar kiub rubik mengikut corak sebelum kami menyusun kiub-kiub tersebut.

“Pada peringkat awal, kami memerlukan masa sehari untuk menyelesai­kan sebuah projek, namun kini boleh siapkan dalam masa setengah hari sahaja,” katanya.

Selain menghasilk­an seni mozek, Muhamad Hariz turut terpilih untuk mewakili Malaysia ke ‘World Rubik’s Cube Championsh­ip 2017’ di Perancis dari 13 hingga 16 Julai ini.

Kerjasama mereka berjaya menjana pendapatan sampingan apabila mendapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk melakukan persembaha­n dan membeli hasil karya mereka.

Baru-baru ini, aksi Nur Zakirah dan Muhamad Hariz menyusun 1,000 kiub rubik untuk menghasilk­an potret tiga anggota kumpulan pelawak popular ‘Sepahtu’ berjaya mencuri tumpuan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia