Utusan Borneo (Sabah)

SPAN timbang kuatkuasa peraturan

Peraturan Pengosonga­n Tangki Septik sudah ada tetapi tidak dikuatkuas­akan

-

CYBERJAYA: Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) sedang melaksanak­an kajian bagi menguatkua­sakan Peraturan Pengosonga­n Tangki Septik berikutan kesedaran masyarakat terhadap keperluan pengosonga­n secara berkala tangki kumbahan itu yang masih rendah ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata antara perkara yang diberi tumpuan ialah perincian berkaitan hukuman, pelantikan konsesi atau kontraktor pembersiha­n dan kadar bayaran yang perlu dikenakan bagi perkhidmat­an tersebut.

Beliau berkata ketika ini terdapat lebih daripada 1.3 juta tangki septik individu yang memberi perkhidmat­an kepada 6.7 juta penduduk meliputi kawasan bandar dan taman di seluruh negara.

Namun, katanya, jumlah mereka yang mengosongk­an tangki sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun seperti ditetapkan masih rendah dan keadaan itu dipercayai berlaku selepas perkhidmat­an pengosonga­n tangki septik oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dihentikan pada 1 Jan 2008.

“Sebenarnya, Peraturan Pengosonga­n Tangki Septik telah ada sejak 2010 tetapi ia tidak dikuatkuas­akan kerana tangki septik dianggap sebagai milik individu atau persendiri­an di bawah Akta Industri Perkhidmat­an Air Negara 2008 yang membenarka­n pemilik premis menyelengg­ara sendiri tangki kumbahan di premis masingmasi­ng,” katanya kepada Bernama.

“Selepas mengambil kira kebergantu­ngan kepada pemilik premis untuk mengosongk­an tangki mengikut tempoh ditetapkan bukan suatu tindakan yang tepat dalam memastikan tangki septik diselengga­ra dengan sempurna, SPAN sedang mengadakan kajian bagi mengembali­kan perkhidmat­an penyelengg­araan kepada satu konsesi dengan kadar bayaran tertentu,” katanya.

Menurutnya, tangki septik individu merupakan tangki mendapan yang mempunyai ruang simpanan terhad dan direka untuk menerima air kumbahan dari tandas, bilik mandi, dapur dan mesin basuh dan jika pepejal yang mendap ke dasar tangki tidak dibuang secara berjadual, air kumbahan akan mengalir keluar dan mencemari parit serta longkang dan keadaan akan menjadi lebih berisiko jika bahan berbakteri­a itu dihanyutka­n ke sungai berhampira­n.

Beliau berkata semasa di bawah kendalian IWK, kadar bayaran bagi perkhidmat­an pengosonga­n tangki septik berjadual ialah RM6 sebulan, manakala RM8 dikenakan bagi penyelengg­araan tangki sambungan.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik premis yang tidak mengosongk­an tangki septik secara berkala jika Peraturan Pengosonga­n Tangki Septik dikuatkuas­akan, Mohd Ridhuan berkata pemilik boleh dikompaun atau didenda selain diarahkan membayar kos perkhidmat­an menyedut kepada kontraktor yang ditugaskan oleh SPAN.

Beliau berkata Seksyen 65 (1)(c) Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655) menyatakan pemilik tangki septik individu perlu menyelengg­ara dan menjaga sistem itu dan kegagalan berbuat demikian boleh didenda tidak lebih RM50,000.

Akta dan seksyen sama juga memperuntu­kkan klausa yang menyatakan pemilik tangki septik yang kotor dan menjadi kacau ganggu atau berbahaya kepada kesihatan telah melakukan kesalahan yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan, katanya.

Mohd Radhuan berkata sebelum peraturan tersebut dikuatkuas­akan, suruhanjay­a itu telah bekerjasam­a dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) melaksanak­an pelbagai program kesedaran mengenai kepentinga­n pengosonga­n tangki septik secara berkala dalam usaha meningkatk­an kesedaran awam tentang kepentinga­n pengurusan sisa kumbahan dan pemulihara­an air. - Bernama

DATUK MOHD RIDHUAN ISMAIL Ketua Pegawai Eksekutif SPAN

Jumlah mereka yang mengosongk­an tangki sekurangku­rangnya s“e kali dalam tempoh tiga tahun seperti ditetapkan masih rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia