Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka hanya di Malaysia

Terima hakikat bahawa pentadbira­n negara stabil

- Oleh YAP SIONG HAN

Ini harus kita pertahanka­n, kita harus ketepikan perbezaan politik kita dan pandang isu-isu yang melibatkan kita semua. Keselamata­n negara dan kestabilan politik ini harus kita pertahanka­n bersama. DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

S

EMUA pihak perlu menerima hakikat bahawa pelbagai perayaan dapat diadakan dalam suasana aman damai di Malaysia disebabkan pentadbira­n negara yang amat stabil.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun negara berhadapan pelbagai cabaran, khususnya dalam ekonomi, tetapi rakyat masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan selesa.

“Ini harus kita pertahanka­n, kita harus ketepikan perbezaan politik kita dan pandang isu-isu yang melibatkan kita semua.

“Keselamata­n negara dan kestabilan politik ini harus kita pertahanka­n bersama,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, malam Sabtu lalu.

Beliau berkata rumah terbuka itu memperliha­tkan tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang dan agama.

Perayaan seumpamany­a bukan hanya diraikan oleh satu kaum atau agama tertentu sahaja sebaliknya melibatkan semua masyarakat.

“Antara matlamat kita mengadakan rumah terbuka adalah untuk merapatkan hubungan silaturahi­m di antara keluarga dan juga masyarakat tempatan.

“Ini adalah penting sekali kerana di negara lain tidak berlaku seperti di Malaysia kerana hanya kita mengamalka­n konsep rumah terbuka,” katanya.

Menurutnya konsep itu bukan sahaja diamalkan pada Hari Raya tetapi juga pada perayaan lain di negara ini.

“Ada di antara perayaan ini ditaja sendiri oleh kerajaan... kerajaan yang menganjurk­an dan inilah keunikan kita di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata dengan adanya perayaan yang disambut sama oleh pelbagai kaum dalam masyarakat, ia secara tidak langsung boleh merapatkan persefaham­an budaya tanpa mengira kaum dan agama.

“Perkara ini sudah diamalkan di Sabah sejak dahulu lagi, cuma pihak kerajaan harus mempromosi­kan perkara ini secara terbuka,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata dengan memberikan suntikan semangat yang datang daripada para pemimpin berbilang kaum, budaya itu juga perlu diperluask­an di Semenanjun­g Malaysia.

Pengerusi MIC Sabah Datuk V Jothi berkata, amalan kunjung mengunjung­i rumah terbuka adalah tradisi yang unik di Malaysia khususnya Sabah.

“Di sini kita raikan bersama-sama perayaan dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Ketika perayaan Deepavali kita juga menjemput semua masyarakat tidak kira agama, bangsa dan budaya seperti mana sambutan Hari Raya.

“Di rumah terbuka ini, jelas kelihatan wujudnya perpaduan dalam kepelbagai­an memandangk­an ramai pengunjung yang datang terdiri daripada berbilang kaum,” katanya.

Menurutnya amalan rumah terbuka yang dilakukan dalam suasana aman dan damai perlu diteruskan oleh generasi hadapan.

Katanya, ia sangat penting bagi mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m, perpaduan, dan hormatmeng­hormati di antara satu sama lain di Malaysia.

Pensyarah Kanan Program Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Lee Kuok Tiung berkata amalan beraya bersama-sama adalah sesuatu yang lebih daripada semangat toleransi.

“Perayaan-perayaan di Malaysia adalah platform pengukuhan kepada keindahan nilai-nilai kebudayaan masyarakat Malaysia.

“Tiada jurang pemisahan yang ketara diantara kepelbagai­an etnik dan perbezaan agama bukan satu isu,” katanya.

Katanya perkara yang membezakan setiap individu adalah terletak kepada sikap masing-masing.

“Tidak dinafikan perayaan adalah platform kepada masyarakat berbilang kaum yang ada untuk merapatkan silaturahi­m tetapi jangan lupa bahawa amalan harian seperti minum di kedai kopi...semangat kekitaan juga wajar diketengah­kan sekali-sekala.

“Tidak dinafikan juga semangat kejiranan, gotong royong dan sebagainya sudah pudar, tetapi kita perlu faham bahawa ia adalah sebahagian daripada kesan modenisasi yang menyaksika­n tekanan hidup semakin meningkat disebabkan standard gaya hidup masyarakat yang telah berubah,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Speaker DUN Datuk Johnson Tee, serta para tetamu kehormat yang lain.

Majlis rumah terbuka yang dihadiri ribuan pengunjung itu turut disajikan dengan pelbagai juadah istimewa selain dihiburkan oleh rangkaian persembaha­n daripada kalangan artis tempatan.

 ??  ?? pengunjung yang hadir memeriahka­n lagi suasana.
pengunjung yang hadir memeriahka­n lagi suasana.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA persembaha­n yang diadakan. ANTARA
ANTARA persembaha­n yang diadakan. ANTARA
 ??  ?? SALLEH (berdiri) berkata sesuatu dengan Teo (dua kiri).
SALLEH (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan komuniti dewan perniagaan masyarakat Tionghua.
SALLEH (berdiri) berkata sesuatu dengan Teo (dua kiri). SALLEH (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan komuniti dewan perniagaan masyarakat Tionghua.
 ??  ?? SALLEH (tiga kiri) beramah mesra dengan tetamu kehormat yang hadir pada rumah terbuka itu.
SALLEH (tiga kiri) beramah mesra dengan tetamu kehormat yang hadir pada rumah terbuka itu.
 ??  ?? SALLEH (kiri) bersalaman dengan Ketua MCA Bahagian Sepanggar Senator Wilfred Yong.
SALLEH (kiri) bersalaman dengan Ketua MCA Bahagian Sepanggar Senator Wilfred Yong.
 ??  ?? JOHNNY (tengah), Lee (kiri) dan Jothi duduk bersama di rumah terbuka itu.
JOHNNY (tengah), Lee (kiri) dan Jothi duduk bersama di rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia