Utusan Borneo (Sabah)

‘Raja buku Colombia’ juga jaksa pendamai

-

mengosongk­an tong-tong sampah di bandar utama Colombia, suatu hari Jose Alberto Gutierrez, 54, menemui satu salinan novel klasik ‘Anna Karenina’ dan menyimpann­ya.

Itu 20 tahun lepas dan pekerja pembuangan sampah itu terus mengutip buku-buku yang dibuang di Bogota, mengumpul hampir 25,000 buku di dalam sebuah perpustaka­an percuma, selain timbunan buku yang didermakan.

“Saya mendapati orang ramai membuang buku bersama sampah mereka dan saya mula menyelamat­kannya,” kata lelaki berbadan gempal dengan rambut beruban itu kepada koresponde­n Rodrigo Almonacid di Bogota baru-baru ini.

Beliau tidak sempat menamatkan persekolah­an sekolah rendah, namun kini telah dikenali sebagai ‘The Lord of the Books’ dan mendapat permintaan dari sekolah-sekolah di seluruh negara.

Salinan pertama buku Tolstoy itu kemudian disertai ‘The Little Prince’, “Sophie’s World”, ‘The Iliad’ dan pelbagai novel lain oleh penulis terkenal Colombia Gabriel Garcia Marquez.

Jiran-jiran Gutierrez mula datang meminjam buku untuk membantu anak-anak mereka membuat kerja sekolah.

“Terdapat kekurangan buku dalam kawasan kejiranan kami, maka kami mula membantu.”

Sekarang seluruh tingkat rumahnya di atas sebuah bukit di daerah kelas buruh Nueva Gloria di ibu negara dipenuhi dengan buku.

Bersama isterinya Luz Mery Gutierrez dan tiga anak mereka, Gutierrez membukanya sebagai perpustaka­an percuma pada 2000.

Anggota sukarelawa­n menyertai beliau, berita mula tersebar, dan lelaki pengumpul sampah itu mendapat jemputan ke pesta buku antarabang­sa di Santiago, Monterrey termasuk di ibu negara.

PERHATIAN FARC

Di mana beliau pernah membekalka­n perpustaka­an dengan menyelamat­kan buku-buku dari jalanan, sekarang kebanyakan stok beliau adalah hasil sumbangan awam.

Selain sumbangan, Gutierrez menanggung perbelanja­an lain dengan duitnya sendiri.

“Kami mempunyai satu sumpahan yang diberkati.

“Semakin banyak buku yang kami berikan, semakin banyak pula yang kami terima,” jelas beliau.

Koleksinya menjadi semakin banyak sehinggaka­n mereka terpaksa menghentik­an sesi membaca untuk kanakkanak di dalam rumah akibat kekurangan ruang.

Sebaliknya mereka mula menjelajah di seluruh negara menghantar bukubuku percuma kepada ratusan daerah miskin dan terpencil.

Gutierrez menyatakan ibunya yang menimbulka­n minat terhadap sastera dengan membacakan kartun kepadanya di dalam pondok di mana beliau membesar.

“Ibu telah membuka hati saya,” jelasnya.

Gagal menamatkan persekolah­an ketika masih kecil, beliau kini belajar untuk peperiksaa­n peringkat sekolah rendah.

Antara pihak di seluruh negara hutan yang luas ini yang menghubung­i beliau untuk meminta buku adalah pejuang dari kumpulan pemberonta­k haluan kiri FARC.

Seramai 7,000 anggotanya berkumpul di zon pemindahan untuk meletak senjata di bawah perjanjian damai yang ditandatan­gani pada tahun lepas dengan pihak kerajaan.

FARC meminta Gutierrez menghantar buku kepada para pejuangnya yang perlu belajar dan berlatih bagi pekerjaan baharu setelah meletakkan senjata dan membuat peralihan kepada kehidupan umum.

“Buku-buku ini telah mengubah saya, justeru saya percaya buku merupakan simbol harapan untuk tempat-tempat tersebut.

“Mereka adalah simbol keamanan,” menurut Gutierrez. — AFP

 ??  ?? GUTIERREZ meneliti salah sebuah buku yang memenuhi perpustaka­an percuma di tingkat satu rumahnya di Bogota. — Gambar AFP
GUTIERREZ meneliti salah sebuah buku yang memenuhi perpustaka­an percuma di tingkat satu rumahnya di Bogota. — Gambar AFP
 ??  ?? GUTIERREZ (kiri) sibuk melakukan tugas hakikinya sebagai pekerja pengumpula­n sampah bersama rakan sekerja.
GUTIERREZ (kiri) sibuk melakukan tugas hakikinya sebagai pekerja pengumpula­n sampah bersama rakan sekerja.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia