Utusan Borneo (Sabah)

Tiga bom kereta gegar Damsyik

Tujuh maut dalam salah satu insiden yang menyasari kawasan sibuk

-

DAMSYIK: Tiga bom kereta meletup di ibu negara Syria semalam, menurut laporan media rasmi, dan tujuh maut dalam salah satu letupan tersebut, menurut seorang pegawai polis.

Seorang pengebom nekad meletupkan diri di Dataran Tahrir di tengah Damsyik setelah dikepung pihak berkuasa.

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian berkata, tujuh maut dan 13 cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, dua lagi bom kereta telah dimusnahka­n oleh pihak berkuasa, menurut media rasmi.

Televisyen rasmi berkata, angka kematian adalah minimum kerana pasukan keselamata­n telah mencegah teroris daripada mencapai sasaran mereka, iaitu kawasan sibuk pada hari pertama bekerja selepas cuti hari raya Aidilftri.

Siaran rakaman televisyen rasmi dari dataran menunjukka­n jalan raya berselerak­an dengan puing, beberapa kereta remuk teruk dan sebuah lagi berkecai sehingga tinggal rangka.

Siaran rakaman satu lagi tempatkeja­dianmenunj­ukkan cebisan mayat seseorang dan kenderaan yang rosak teruk di luar sebuah masjid di bulatan trafik Baytara dekat Kota Lama Damsyik.

Pada Mac lalu, dua serangan bom nekad di Damsyik menyebabka­n puluhan kematian, kebanyakan­nya di pekarangan mahkamah Istana Keadilan dekat Kota Lama Damsyik.

Kumpulan pelampau Islamic State (IS) mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan tersebut.

Juga pada Mac, serangan nekad berkembar di ibu negara membunuh puluhan mangsa, kebanyakan­nya jemaah Syiah.

Serangan itu bagaimanap­un diakui pakatan pemberonta­k Islamis Tahrir al-Sham yang mengetuai kumpulan pejuang yang pernah dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.

Pasukan kerajaan Syria yang telah mengalahka­n pejuang pemberonta­k di beberapa kawasan kejiranan pinggir Damsyik sejak setahun lalu, kini giat membantera­s pemberonta­k di kawasan Jobar dan Ain Tarma di pinggir timur ibu negara. — Reuters

 ??  ?? DERETAN kereta yang rosak teruk melatari salah satu tempat kejadian letupan bom kereta di Damsyik, semalam dalam gambar serahan agensi berita rasmi SANA. — Gambar Reuters
DERETAN kereta yang rosak teruk melatari salah satu tempat kejadian letupan bom kereta di Damsyik, semalam dalam gambar serahan agensi berita rasmi SANA. — Gambar Reuters
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia