Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan sengaja direka untuk ditolak: Qatar

-

Tuntutan telah dilakukan terhadap Qatar oleh empat buah negara Arab yang lain telah direka untuk ditolak, menteri luar negara Doha menyatakan kelmarin, menjelaska­n bahawa kata dua mereka tidak bertujuan untuk menangani keganasan sebaliknya cuba melibatkan kedaulatan negaranya.

Bagaimanap­un Sheikh Mohammed bin Abdulrahma­n al-Thani, bercakap kepada wartawan di Rom, menambah kata bahawa Doha tetap bersedia untuk duduk berbincang mengenai sekatan yang ditimbulka­n negara jiran Arabnya.

Beliau bercakap sebelum tarikh luput ditetapkan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir agar Doha menerima kesemua 13 tuntutan tersebut.

Pihak berkuasa menyatakan tuntutan tersebut bertujuan menamatkan persengket­aan yang meletus pada bulan lepas mengenai tuduhan bahawa Qatar menyokong keganasan, dakwaan yang telah dinafikann­ya.

“Senarai permintaan yang dilakukan ini disengajak­an untuk ditolak.

“Ia tidak bertujuan untuk diterima atau dibincangk­an,” menurut Sheikh Mohammed, sambil menambah bahawa Qatar sanggup terlibat dalam dialog seterusnya berdasarka­n keadaan yang bersesuaia­n.

Permintaan termasuk memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas, menutup rangkaian satelit pan-Arab Al Jazeera, mengurangk­an hubungan dengan musuh ketat Iran dan menutup pangkalan udara Turki di Qatar.

Beberapa negara Arab menyatakan tuntutan tersebut tidak boleh dibincangk­an dan memberi amaran tentang langkah-langkah selanjutny­a yang tidak dinyatakan sekiranya Qatar tidak menerimany­a.

Sheikh Mohammed menyatakan Qatar tidak akan menutup pangkalan Turki di negaranya atau menutup Al Jazeera seperti mana yang dituntut negara-negara Arab.

Beliau bercakap selepas tiba di Rom dari Amerika Syarikat (AS).

Washington sedang membantu Kuwait, yang mengekalka­n hubungan dengan Qatar, untuk berunding dalam perbalahan tersebut.

Awal kelmarin, Kremlin menyatakan Presiden Rusia Vladimir Putin telah melakukan perbincang­an telefon berasingan dengan para pemimpin dari Qatar dan Bahrain mengenai persengket­aan dan menegaskan keperluan bagi satu penyelesai­an diplomatik. — Reuters

 ??  ?? SHEIKH Mohammed mengadakan sidang akhbar di Rom, kelmarin mengenai krisis semasa Qatar. — Gambar Reuters
SHEIKH Mohammed mengadakan sidang akhbar di Rom, kelmarin mengenai krisis semasa Qatar. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia