Utusan Borneo (Sabah)

Dua pendaki gunung hilang disyaki maut

-

Pihak berkuasa Pakistan percaya dua pendaki gunung, masing-masing warga Sepanyol dan Argentina, yang hilang sejak lebih seminggu lalu di pergununga­n utara Himalaya telah maut dalam runtuhan salji, menurut pihak berkuasa semalam.

Alberto Zerain Berasategi dari Sepanyol dan Mariano Galvan dari Argentina kali terakhir didengar pada 23 Jun ketika berada di pangkalan Nanga Parbat pada ketinggian 6,100 meter dari aras laut, gunung kesembilan tertinggi di dunia, menurut Karrar Haidri, jurucakap Kelab Gunung Pakistan.

“Lokasi mereka dipercayai telah ditimbus runtuhan salji besar-besaran dan pegawai penyelamat helikopter berpendapa­t kemungkina­n untuk mereka masih hidup adalah amat tipis,” jelas Haidari yang kemudian mengesahka­n operasi mencari dan menyelamat telah ditangguhk­an kelmarin.

Kedua-dua lelaki terbabit merupakan pendaki berpengala­man di mana Zeraini adalah anggota kelab elit yang telah menguasai dua gunung tertinggi dunia iaitu Everest dan K2.

Galvan pula mendaki Everest pada 2012 tetapi cubaannya untuk mendaki K2 bersendiri­an tanpa sokongan oksigen terpaksa dihentikan pada ketinggian 7,300 meter dari aras laut.

Muhammmad Iqbal, pemilik Summit Karakorum, syarikat pelanconga­n yang menguruska­n ekspedisi pendakian berkata, pencarian terakhir helikopter gagal menemui kedua-dua lelaki itu dan satu pasukan pendakian memulakan ekspedisi menguasai Nanga Parbat yang setinggi 8,126 meter semalam.

Pakistan bersaing dengan Nepal bagi jumlah gunung melebihi 7,000 meter dan juga mempunyai gunung kedua tertinggi di dunia, K2, selain tiga lagi yang merupakan antara 14 puncak dunia yang melebihi 8,000 meter.

Nanga Parbat lokasi serangan pada 2013, di mana lelaki bersenjata berseragam polis menembak mati sepuluh pendaki asing dan seorang jurupandu tempatan di kem pangkalan pada ketinggian 4,200 meter. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia