Utusan Borneo (Sabah)

Dibenar parol dalam kes rasuah, Olmert bebas

-

RAMLA: Bekas perdana menteri rejim Israel Ehud Olmert dibebaskan dari penjara semalam selepas dibenar parol daripada hukuman penjara 27 bulan atas skandal rasuah yang menjatuhka­n karier politiknya yang bercita-cita besar.

Olmert, 71, bagaimanap­un tidak bercakap kepada para wartawan ketika meninggalk­an penjara Maasiyahu di tengah Tel Aviv.

Memakai baju-T berwarna gelap, dia dilihat keluar dari pintu utama penjara sejurus selepas subuh semalam sebelum dihantar pulang ke rumahnya di Tel Aviv dengan diiringi ejen keselamata­n rejim.

Beliau yang menjadi perdana menteri antara 2006 dan 2009, disabitkan atas kesalahan rasuah dan disumbat ke dalam penjara pada Februari 2016.

Dia dibenarkan untuk pembebasan awal oleh lembaga parol pada Khamis lalu di mana hukumannya dikurangka­n sebanyak satu pertiga.

Pendakwa raya bagaimanap­un membuat keputusan untuk tidak merayu keputusan tersebut.

Syarat parolnya tidak didedahkan, tetapi media rejim melaporkan ia termasuk melaporkan diri kepada polis dua kali sebulan dan larangan keluar.

Dia juga mesti menyumbang tenaga di persatuan untuk orang miskin, lapor akhbar Haaretz.

Dia boleh memohon pengampuna­n daripada Presiden Reuven Rivlin yang akan memansuhka­n sekatan tersebut.

Pada Mac, Rivlin menolak permohonan pengampuna­n Olmert tetapi akan mempertimb­angkannya jika dibenar parol.

Bekas perdana menteri dari parti tengah-kanan Kadima itu meletak jawatan pada September 2008 selepas polis rejim mencadangk­an dia didakwa kerana rasuah.

Dia bagaimanap­un masih bertugas sehingga Mac 2009 apabila pemimpin sayap kanan Likud Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah jawatan.

Olmert mendapat sanjungan antarabang­sa kerana melancarka­n semula usaha damai dengan Palestin pada persidanga­n Annapolis di Amerika Syarikat (AS) pada 2007, tetapi gagal dan dakwaan rasuah pula yang mendefinis­ikan warisannya.

Keputusan dibuat selepas Olmert baru-baru ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.

Gambar Olmert yang susut tubuh badannya berbaju hospital serta makan dengan sudu garfu plastik dipaparkan dalam media sosial sekali gus mencetuska­n gelombang simpati awam dan ahli politik yang menyeru pembebasan­nya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? OLMERT berjalan keluar dari pintu utama penjara Maasiyahu dekat Ramla, semalam.
— Gambar Reuters OLMERT berjalan keluar dari pintu utama penjara Maasiyahu dekat Ramla, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia