Utusan Borneo (Sabah)

Duterte ugut penjarakan pengkritik

Presiden tolak campur tangan Mahkamah Agung atas perintah tentera

-

“Pemerintah­an

tentera di sekitar wilayah Mindanao, kediaman kira-kira 20 juta orang, pada lewat Mei bagi meleraikan ancaman yang berkembang dengan pantas daripada pengikut kumpulan Islamic State (IS) di sana.

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengugut akan memenjarak­an pengkritik penggunaan undangunda­ng tenteranya di bahagian selatan yang dilanda keganasan, beberapa hari sebelum Mahkamah Agung dijangka memutuskan kesahihann­ya pada minggu ini.

Duterte mengumumka­n pemerintah­an tentera di sekitar wilayah Mindanao, kediaman kira-kira 20 juta orang, pada lewat Mei bagi meleraikan ancaman yang berkembang dengan pantas daripada pengikut kumpulan Islamic State (IS) di sana.

Pemimpin Filipina itu menegaskan beliau akan mengabaika­n keputusan mahkamah, yang mempunyai pengawasan dari segi perlembaga­an, hanya berjanji akan mendengar kepada cadangan daripada pasukan tentera.

“Perkara ini tidak bergantung kepada penilaian sembaranga­n Mahkamah Agung.

“Haruskan saya percaya kepada mereka?

“Ketika saya melihat situasi masih lagi tegang dan anda meminta saya menarik baliknya, saya akan menangkap kamu dan menghumban

RODRIGO DUTERTE

kamu ke dalam penjara,” menurut Duterte dalam satu ucapan di hadapan para pegawai tempatan kelmarin.

“Kita boleh bercakap mengenai apa-apa sahaja yang lain tetapi tiada kompromi ketika kepentinga­n negara saya sedang dipertaruh­kan.”

Pasukan tentera kerajaan

Presiden Filipina

sedang meneruskan untuk menentang militan yang menawan bandar Marawi, dengan pengeboman udara dan serangan sengit di jalanan yang telah menyebabka­n kira-kira 400,000 orang di kawasan yang lebih luas agar meninggalk­an rumah mereka.

Duterte berdepan kecaman anggota perundanga­n pembangkan­g, yang pada bulan lepas telah meminta Mahkamah Agung agar menolak deklarasi undang-undang tentera, yang dikecam sebagai tidak mengikut perlembaga­an.— AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ASKAR Filipina melancarka­n mortar dari kedudukan gempur ketika kempen membantera­s pemberonta­k Maute di Kota Marawi diteruskan kelmarin.
— Gambar Reuters ASKAR Filipina melancarka­n mortar dari kedudukan gempur ketika kempen membantera­s pemberonta­k Maute di Kota Marawi diteruskan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia