Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki curi pelancar roket dari kereta api ditangkap

-

MARSEILLE: Pihak polis mendakwa seorang lelaki berusia 23 tahun di selatan Perancis kerana dikatakan mencuri beberapa pelancar roket tentera dan satu stok peluru lut perisai dari sebuah kereta api kargo, menurut sumber yang rapat dengan kes kelmarin.

Rompakan berlaku hujung Jun lepas ketika kereta api bergerak di antara pangkalan logistik tentera di Miramas berhampira­n Marseille dan sebuah pangkalan lain di Brienne-le-Chateau, 200 kilometer di timur Paris, jelas sumber.

Pihak penyiasat mendapati bahawa senjata itu berada di dalam bekas yang tidak ditutup mahupun dikunci.

Empat pelancar roket dan empat bekas peluru telah diambil, lapor akhbar harian Le Parisien.

Pihak berkuasa segera mengenal pasti pelaku tersebut, seorang perompak kereta api kargo yang diberkas di rumahnya di Miramas, di mana senjata yang dicuri turut ditemui.

Pihak penyiasat sedang cuba menentukan sama ada lelaki itu hanya kebetulan mencuri artileri itu atau sekiranya dia mencuba secara khusus untuk mendapatka­n senjata sebegitu.

Kementeria­n pertahanan melancarka­n satu siasatan dalaman mengenai keadaan pengangkut­an senjata melalui kereta api kargo dan akan mencadangk­an langkahlan­gkah bagi mengukuhka­n keselamata­n, menurut sumber kerajaan.

Ini bukan kali pertama kuantiti besar senjata tentera telah dicuri di Perancis.

Pada Julai 2015, pencuri memecah masuk ke pangkalan Miramas dan mencuri sekurang-kurangnya 150 bahan peledak dan satu stok bahan letupan plastik.

Pada September 2016, beberapa bekas mengandung­i komponen pistol dicuri dari pangkalan tentera Istres di tenggara Perancis.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia