Utusan Borneo (Sabah)

Enam warga asing tebusan IS Mali

-

BAMAKO: Cawangan AlQaeda di Mali memaparkan video bukti kehidupan enam tebusan asing, termasuk pakar bedah Australia Arthur Kenneth Elliott dan wanita Perancis Sophie Petronin, menurut kumpulan pemerhati SITE yang berpusat di AS.

Video berdurasi 16 minit, 50 saat oleh Nusrat al-Islam wal Muslimeen, turut dikenali sebagai Kumpulan Penyokong Islam dan Penganut Islam, dikeluarka­n dalam Telegram kelmarin, menurut SITE.

Empat tebusan lain yang turut dipaparkan ialah rakyat Afrika Selatan Stephen McGown, rakyat Romania Iulian Ghergut, mubaligh Swiss Beatrice Stockly dan rahib Colombia Gloria Cecilia Narvaez Argoti.

Tiada kumpulan sebelum ini mengaku bertanggun­gjawab menculik Petronin, yang hilang lewat 2016 setelah dilarikan lelaki bersenjata di pekan Gao di timur Mali, di mana beliau menguruska­n organisasi bagi kanak-kanak yang kekurangan zat.

Selepas rakaman video menunjukka­n Petronin, pengulas berkata dia berharap presiden Perancis akan membantu membawanya pulang ke pangkuan keluarga.

Video dikeluarka­n sejurus sebelum Presiden Emmanuel Macron tiba di Mali semalam bagi mengukuhka­n sokongan Barat.

Dalam video itu, tebusan diperkenal secara berasingan oleh pengulas yang berkata setakat ini tiada rundingan bagi pembebasan mereka.

Yang pertama ditunjukka­n adalah McGown, yang diculik di Timbuktu, utara Mali, pada November 2011.

Ini diikuti Elliot, 80-an, yang diculik pada Januari 2015 di Djibo, Burkina Faso, di mana pasangan itu menjalanka­n klinik perubatan tunggal sejak 1972. Isterinya Jocelyn telah dibebaskan pada Februari 2016.

Seterusnya pekerja lombong Romania Ghergut, yang men-dakwa ditangkap di Burkina Faso pada 4 April, 2015.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia