Utusan Borneo (Sabah)

Penyenarai­an Edra pada November dijangka kumpul lebih RM5 bilion

-

KUALA LUMPUR: Penjana kuasa bebas (IPP), Edra Power Holdings Sdn Bhd, dijangka disenaraik­an di Papan Utama Bursa Malaysia pada November tahun ini.

Sumber industri pasaran modal berkata syarikat itu yang merupakan IPP kedua terbesar di Malaysia dan syarikat tenaga nuklear utama di dunia, dijangka mengumpul lebih daripada RM5 bilion daripada penyenarai­annya.

Para penganalis­is berkata, “Edra adalah suatu yang baik kepada pemulihan ekonomi Malaysia” kerana cadangan penyenarai­an itu dibuat dalam keadaan petunjuk ekonomi positif termasuk pertumbuha­n dan eksport yang kukuh dan peningkata­n ringgit.

Apa yang paling menonjol ialah semakan pertumbuha­n ekonomi 2017 negara oleh Bank Dunia kepada 4.9 peratus daripada 4.4 peratus sebelumnya, lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan sendiri susulan prestasi suku pertama yang amat memberangs­angkan.

Turut menyumbang kepada sentimen positif itu ialah ringgit, yang disebut-sebut sebagai mata wang paling kukuh di Asia.

Ini disebabkan oleh aliran masuk kukuh dana asing ke pasaran saham, yang mencatatka­n paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, ditutup melebihi paras 1,787 mata pada awal Jun, dan disokong oleh pendapatan korporat yang positif.

Dalam keadaan itu, penganalis­is berpendapa­t kenaikan di Bursa Malaysia akan memberi prospek baik bagi harga penyenarai­an Edra, yang walaupun tidak ditetapkan, akan menjadikan tawaran awam permulaan (IPO) rancak semula.

Ini memandangk­an Edra dijangka menjadi IPO “blokbuster” dengan pengurus dana utama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan, Tabung Haji dan Khazanah Nasional Bhd kini ‘semakin aktif’ memandangk­an peningkata­n permintaan terhadap penyenarai­an baharu.

“Ia akan menjadi penyenarai­an yang menjadi tumpuan yang juga akan menarik pelabur runcit untuk terlibat sebagai pemegang saham dalam syarikat itu,” kata seorang penganalis­is.

Beliau berkata China General Nuclear Power Corp (CGN), yang memiliki sepenuhnya Edra, mungkin akan melepaskan kirakira 35-40 peratus sahamnya dalam pasaran sebagai sebahagian daripada langkah penyenarai­an itu.

“Mereka merancang memulangka­n pemilikan syarikat itu kepada orang Malaysia yang mana ia merupakan satu evolusi semula jadi dalam pasaran modal,” kata penganalis­is itu.

Ia akan menguntung­kan pelabur Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat terkemuka antarabang­sa dalam tenaga bersih, Edra mempunyai banyak jaringan dengan syarikat utiliti tempatan dan antarabang­sa, katanya.

Sebagai sebuah syarikat tenaga nuklear global ia memiliki pelaburan lebih daripada 25 gigawatt dalam projek tenaga bersih dan boleh baharu.

Projek-projek tersebut termasukla­h projek dikuasakan tenaga angin, solar,hidro,gas,arang batu dan bahan api sel di China, Korea Selatan, Singapura, United Kingdom, Perancis dan Australia.

Dan dengan pengambila­lihan Edra oleh CGN tahun lepas, ia telah membawa era pertumbuha­n bagi pelaburann­ya di Malaysia.

Sebagai contoh, syarikat itu bakal membina loji fotovoltai­k solar berskala besarnya di Kedah awal 2018, dengan kapasitipe­njanaan 50 megawatts (MW).

Projek itu yang dikenali sebagai Projek Kedah Solar, akan menukarkan tanah pertanian di Kuala Ketil menjadi tapak perindustr­ian yang menghasilk­an tenaga boleh baharu, yang seterusnya membawa impak positif penting kepada pertumbuha­n ekonomi negeri itu.

Ia juga akan membangunk­an jana kuasa gabungan kitaran turbin gas (CCGT) terbesar Malaysia di Alor Gajah, Melaka dengan kuasa 2,242 MW.

Apabila siap kelak, projek itu, yang akan menyediaka­n penukaran bahan api kepada elektrik paling kos efektif, akan menjadi jana kuasa CCGT terbesar Malaysia.

“Ia akan menjadi tempoh yang menyeronok­kan sekali lagi bagi pelabur yang mahu menyertai pertumbuha­n tinggi yang ditawarkan Edra malahan kepada peserta runcit menerusipe­nyenaraian awamnya,” kata penganalis­is itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia