Utusan Borneo (Sabah)

Bursa dijangka melantun semula Permintaan dijangka meningkat ekoran pelabur kembali ke pasaran

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka memulakan dagangan minggu pertama separuh kedua tahun ini dengan catatan kukuh apabila melantun semula daripada penurunann­ya baru-baru ini berikutan jangkaan peningkata­n permintaan apabila para pelabur kembali semula ke pasaran selepas bercuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Penyelidik­an, Bahagian Pengurusan Pelaburan Etiqa Insurance & Takaful, Chris Eng, berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak di atas paras sokongan 1,767 minggu ini.

“Minat belian dijangka bersambung semula apabila para pelabur kembali daripadape­rcutian mereka,” katanya kepada Bernama.

Bursa Malaysia dan pasaran derivatifn­ya ditutup pada 26 dan 27 Jun, 2017 sempena cuti hari raya.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 15.78 mata kepada 1,763.67, dipengaruh­i terutamany­a oleh prestasi di Wall Street serta pergerakan harga minyak. IndeksFBM Emas turun 49.49 mata kepada 12,598.94, Indeks FBMT 100 susut 54.51 mata kepada 12,234.89 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 8.87 mata kepada 12,822.15.

FBM 70 melonjak 139.05 mata kepada 15,073.83 dan FBM Ace meningkat 214.25 mata kepada 6,493.7.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 77.65 mata kepada 16,766.18, Indeks Perusahaan susut 1.99 mata kepada 3,270.56 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 17.04 mata kepada 7,913.2.

Bagi minggu dagangan singkat yang baharu berakhir ini, jumlah dagangan turun kepada 4.29 bilion unit bernilai RM5.72 bilion daripada 8.37 bilion unit bernilai RM9.82 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turunkepad­a 2.98 bilion saham bernilai RM5.46 bilion daripada 5.34 bilion saham bernilai RM9.36 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 389.96 juta unit bernilai RM49.47 juta daripada 982.14 juta unit bernilai RM102.79 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 905.76 juta saham bernilai RM202.37 juta daripada 1.96 bilion saham bernilai RM328.55 juta sebelumnya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia