Utusan Borneo (Sabah)

Dagangan MSM diunjur rendah

-

KUALA LUMPUR:

Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka rendah dengan daganganny­a dalam jajaran antara RM2,400 dan RM2,500 satu tan pada minggu ini sementara menunggu petunjuk baharu.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata dagangan juga diunjur dalam keadaan lebih berhati-hati minggu ini berikutan kelemahanh­arga minyak mentah serta permintaan yang berkuranga­n selepas cuti Aidilfitri.

Seorang lagi peniaga berkata, pasaran akan memantau prestasi minyak soya serta pergerakan ringgit yang boleh menjejaska­n permintaan dalam masa terdekat ini.

Sewaktu ditutup pada Jumaat, ringgit diniagakan mendatar pada paras 4.2920/2950 berbanding dolar AS.

Pasaran MSM didagangka­n rendah ketika minggu singkat akibat cuti perayaan itu berikutan jangkaan peningkata­n pengeluara­n pada mingguming­gu akan datang.

Dalam pada itu, laporan jurunilaik­argo Intertek Testing Services menyatakan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-30 Jun susut 8.9 peratus kepada 1.19 juta tan daripada 1.31 juta tan yang dicatatkan pada 1-31 Mei lepas.

Bagi perbanding­an Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Julai 2017 menokok RM7 kepada RM2,596 satu tan, Ogos 2017 naik RM18 kepada RM2,497 satu tan, September 2017 meningkat RM17 kepada RM2,459 satu tan dan Oktober 2017 bertambah RM13 kepada RM2,448 satu tan.

Jumlahdaga­ngan mingguan merosot kepada 134,378 lot daripada 205,251 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 69,317 kontrak berbanding 235,339 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Julai Selatan tidak berubah pada RM2,660 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia