Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan usaha lahir anak Sarawak bertaraf global

Pelaburan besar pendidikan selaras dasar perkenal ekonomi digital untuk lonjak ekonomi negeri: KM

-

“Inilah

perjuangan kita supaya rakyat negeri ini dapat menjadi golongan berkemahir­an dan bijak pandai sekali gus dapat membangun negeri sendiri pada masa akan datang.

SIBU: Pelaburan besar negeri ini dalam sektor pendidikan menerusi instituti pengajian tinggi swasta tempatan adalah satu usaha melahirkan anak bertaraf global.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, ia bertepatan dasar menubuhkan atau memperkena­l ekonomi digital merupakan kaedah baharu melonjakka­n ekonomi negeri ini.

“Kerajaan melalui Yayasan Sarawak telah banyak melabur di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) serta institusi latihan lain dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada anak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap menghadiri Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Si budi sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Ketua Menteri menambah, tujuan pelaburan itu juga berkaitan ekonomi digital yang diperkenal kerajaan sekali gus memperkasa kemahiran bagi melonjakka­n ekonomi Sarawak.

Katanya, sektor pendidikan akan terus diperkasa di negeri ini termasuk ke luar bandar hingga ke pedalaman.

“Inilah perjuangan kita supaya rakyat negeri ini dapat menjadi golongan berkemahir­an dan bijak pandai sekali gus dapat membangun negeri sendiri pada masa akan datang.

“Ia merupakan satu pelaburan dalam usaha kita menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030,” tegasnya lagi.

Justeru menurutnya, penubuhan kementeria­n pendidikan peringkat kerajaan negeri dianggap batu loncatan untuk mengangkat pendidikan satun keutamaan negeri ini.

Katanya, walaupun kuasa pendidikan pada kerajaan pusat namun negeri ini perlu mempunyai kementeria­n pendidikan sendiri bagi menjalanka­n serta mengkaji dasar yang berkaitan.

“Sebenarnya ia juga membantu kerajaan pusat mana yang mereka tidak dapat buat kita buat sendiri dengan secara bersyarat.

“Kementeria­n pendidikan baharu yang kita wujudnya ini juga akan dapat memberi kesan kepada sekolah daif di kawasan luar bandar serta akan menambahba­ikan sektor pendidikan di negeri ini,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai hak rakyat negeri ini khususnya Perjanjian Malaysia (MA) 1963, beliau berkata, untuk menuntut hak negeri ini ia tidak boleh dilakukan dengan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan banyak proses.

Ujarnya, kerajaan dengan melantik Sharifah Hasidah sebagai menteri bertanggun­gjawab mengenai MA 1963 ini akan melakukan pelbagai kajian terperinci dan ia tidaklah perlu digesagesa­kan.

“Kalau mahu dapat balik hak kita, kita mesti buat kajian serta kerja rumah dulu. Jangan sebarang dan ia mesti dilakukan dengan teliti.

“Itu sebab saya hantar beliau ke London bersama peguam lain berkenaan untuk mencari fakta dan meneliti mengenai MA 1963 ini,” tegasnya.

Dalam perkara lain, Abang Johari menggesa agar rakyat negeri ini terus mengukuhka­n lagi perpaduan antara pelbagai kaum dan agama dalam usaha melancarka­n

DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG

lagi usaha kerajaan untuk membangunk­an negeri ini dan ekonomi rakyatnya.

“Tanpa perpaduan agak sukar kerajaan melaksanak­an apa-apa kepada rakyat. Justeru, nilai perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama sangat penting dalam menjamin pembanguna­n dan kemakmuran negeri ini,” tambahnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Awang Asfia Awang Nassar, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kewangan Kedua juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Talip Zulpilip, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Has idah Sa y e e d Aman Ghazal i, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapa’ee serta kenamaan lain.

Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI (tengah) serta barisan kenamaan lain menunjukka­n ketupat sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu.
ABANG JOHARI (tengah) serta barisan kenamaan lain menunjukka­n ketupat sebagai simbolik Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia