Utusan Borneo (Sabah)

Rabies: Waspada jangkitan penyakit bawaan anjing

-

SIBU: Orang ramai di sini diingatkan supaya berhatihat­i dengan serangan anjing liar berkeliara­n di sesebuah penempatan berikutan jangkitan bawaan anjing dikenali sebagai rabies.

Sumber Jabatan Veterinar Bahagian Sibu berkata, orang ramai di sini diingatkan sekiranya berlaku insiden gigitan anjing, mangsa harus dibawa segera ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Mereka harus membuat laporan kepada hospital lokasi mereka digigit.

“Pihak hospital akan melaporkan kepada kami untuk tindakan susulan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, petang Sabtu.

Jelasnya, setelah menerima laporan hospital, sekiranya mangsa disah dijangkit wabak tersebut baharu pihaknya bertindak mengikut prosedur ditetapkan.

“Kami perlu menunggu laporan lengkap sama ada mangsa terkena jangkitan terbabit atau tidak.

“Kita hanya akan bertindak sekiranya ada laporan pihak hospital,” katanya enggan dikenali ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai pencegahan awal jangkitan tersebut.

Beliau memberitah­u bahawa pihak hospital juga harus melaporkan apa-apa kejadian gigitan anjing ini dengan jabatan dengan segera sekiranya berlaku jangkitan tersebut.

Menurutnya lagi setakat ini jangkitan terbabit belum pernah berlaku di Sarawak apatah lagi di Sibu.

“Kejadian ini lebih cenderung berlaku di Semenanjun­g Malaysia. Mungkin ketiga-tiga mangsa terkena jangkitan terbabit di kawasan Serian digigit anjing dibawa dari Semenanjun­g Malaysia.

“Mungkin pemilik anjing terbabit membawa anjing dari Semenanjun­g Malaysia secara haram ke sini,” tambahnya.

Jangkitan rabies ini dikesan setelah tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian disahkan diserang wabak terbabit.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerima laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kejadian kluster jangkitan rabies dinotifika­sikan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 22 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia