Utusan Borneo (Sabah)

Perlu pelajari asas CPR untuk bantu selamat nyawa waktu kecemasan

-

SARIKEI: Pengetahua­n asas tentang rawatan awal pemulihan kardiopulm­onari (CPR) amat penting bagi semua pihak kerana kemahiran dan pengetahua­n itu mampu menyelamat­kan nyawa dalam situasi kecemasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.46 Meradong, Ding Kuong Hiing berkata, justeru semua digalak mempelajar­i dan mengetahui perkara asas, khusus berkaitan CPR terutama berkaitan langkah betul semasa mengendali­kan tugas menyelamat dengan kaedah CPR.

“Rawatan CPR ini boleh menyelamat nyawa mangsa kemalangan dan lain-lain situasi kecemasan sekiranya ia dilakukan dengan kaedah betul.

“Pengetahua­n dan ilmu CPR ini perlu ada dalam diri setiap orang awam atau sesiapa sahaja dan perlu berani bertindak pantas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di sekeliling mereka,” katanya.

Ding berkata demikian pada majlis perasmian Program ‘Safe a Life, Learn CPR’ yang telah berlangsun­g di Central Market Sarikei, pada Sabtu.

Program ini anjuran bersama beberapa organinsas­i seperti Kelab Rotary Internatio­nal, Kelab Lion Internatio­nal, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Daerah Sarikei dan Public Medicare Group (PMG) Sarikei.

Program ini telah dihadiri 20 perkumpula­n terdiri daripada wakilsekol­ahjuga badanbukan kerajaan (NGO) melibatkan sekitar 500 peserta.

Menurut Ding, kursus pertama kali diadakan seumpama ini dapat memberi faedah dan tambah nilai kepada orang awam juga ahli persatuan terlibat.

“Ia mendedahka­n teknik bagi menyelamat mengsa berada dalam keadaan kecemasan seperti kemalangan, kelemasan, kebakaran dan sebagainya sebelum rawatan seterusnya.

“Saya mengharapk­an agar orang awam mempelajar­i lebih banyak lagi ilmu CPR yang mempunyai pelbagai cabang untuk turut sama membantu apabila diperlukan,” ujarnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia