Utusan Borneo (Sabah)

Persepsi harap kerja kerajaan tidak lagi relevan

Perubahan dunia masa kini sedia pelbagai peluang kemahiran, buka banyak peluang kerja: Entulu

-

SIBU: Persepsi masyarakat Dayak hanya mengharap pekerjaan dalam sektor awam masa dulu kini sudah tidak relevan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, perubahan dunia masa kini turut menyediaka­n pelbagai peluang meningkat kemahiran kian membuka banyak peluang pekerjaan.

“Kalau dahulu, persepsi kita mahu berjaya dalam pendidikan dan terus mendapat pekerjaan dalam sektor awam.

“Tapi sekarang ia sudah berubah kerana kejayaan hidup dan ekonomi melonjak bukan hanya terletak dalam pekerjaan dalam sektor awam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam Persatuan Pendidik Dayak Sarawak (SDEA) Cawangan Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, banyak peluang lain seperti perusahaan atau perdaganga­n turut membuka peluang melonjak ekonomi untuk mempunyai masa depan yang baik.

“Selain itu, jika perusahaan dijalan dengan berjaya, ia juga secara tidak langsung menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang lain,” ujarnya lagi.

Entulu juga Ahli Parlimen Selangau memberitah­u bahawa SDEA harus menjadi landasan untuk mengubah persepsi masyarakat Dayak dalam tujuan bersekolah.

“Kita berharap SDEA ini dapat membimbing pemikiran ibu bapa dan pelajar agar mereka tidak kecil hati sekiranya mempunyai ijazah dan selepas itu tidak mempunyai pekerjaan.

“SDEA harus membuka pemikiran mereka dengan rasional agar tidak hanya terlalu bergantung kepada sesuatu sektor untuk berjaya dalam

DATUK JOSEPH ENTULU BELAUN

kehidupan pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Bercakap dalam pekara lain, Entulu meminta SDEA ini mengumpul data pendidik Dayak di negeri ini untuk dibantu sekiranya ada menghadapi masalah berkaitan.

Beliau turut menggesa masyarakat Dayak agar sentiasa mencontohi masyarakat Cina dalam mengusahak­an sesuatu usaha dengan berdikari yang boleh melonjakka­n ekonomi.

“Corak pemikiran masyarakat Dayak harus diubah serta mencontohi kejayaan masyarakat Cina yang telah banyak berjaya dalam bidang tertentu. Kita juga harus mempunyai pelaburan masa depan,” tambahnya lagi.

Pada majlis tersebut, Entulu turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM30,000 kepada SDEA dalam membantuny­a menggerakk­an aktiviti dan dananya.

Hadir sama ialah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Dr Lambat Lindong, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Chong Kong, Presiden SDEA Speedy Luna dan Pengerusi SDEA Cawangan Sibu Aphong Entri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri “Tapi sekarang ia sudah berubah kerana kejayaan hidup dan ekonomi melonjak bukan hanya terletak dalam pekerjaan dalam sektor awam sahaja.

 ??  ?? ENTULU (atas, tengah) merakamkan kenangan bersama ahli-ahli SDEA pada Majlis Makan Malam SDEA di Sibu.
ENTULU (atas, tengah) merakamkan kenangan bersama ahli-ahli SDEA pada Majlis Makan Malam SDEA di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia