Utusan Borneo (Sabah)

Tiga keluarga terjejas kebakaran terima sumbangan RM12,600

-

MALUDAM: Tiga keluarga terjejas akibat insiden kebakaran pada Hari Raya pertama di Kampung Tengah Meludam menerima sumbangan bernilai RM12,600, pada Sabtu.

Sumbangan disampaika­n Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut merangkumi bantuan makanan segera, pakaian harian, wang saku, kelengkapa­n tidur, pakaian dan peralatan sekolah, peralatan dapur serta bantuan bahan binaan.

Ahli Parlimen Batang Lupar meluangkan masa selama 45 minit menziarahi keluarga terjejas berkenaan berkata, kementeria­n melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sememangny­a amat prihatin bencana berlaku terhadap keluarga tersebut.

Katanya, pegawai JKM juga bertindak pantas dengan melakukan siasatan serta menyalurka­n sumbangan secara segera. “Bencana ini turut menjadi pengajaran kepada kita bahawa dalam kita bergembira menyambut hari kemenangan di bulan Syawal, jangan kita lupakan mereka kurang bernasib baik.

“Sama-sama kita tunjukkan simpati dan memberikan sedikit kegembiraa­n dengan bantuan serta sumbangan seperti hari ini, mengambil keberkatan di bulan mulia ini,” kata Rohani dalam satu kenyataan, semalam. Kejadian sekitar 6.15 petang pada 25 Jun lalu memusnahka­n rumah Awang Latip Awang Lengki, 79, serta menyebabka­n kebakaran kecil di dua rumah bersebelah­an. Mangsa sekeluarga terdiri daripada 10 orang kini menumpang di rumah saudara berdekatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak Bomba Betong. Mangsa Awang Latip, tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan dan sumbangan anak dalam menyara kehidupan.

 ??  ?? ROHANI (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran 1 Syawal lalu. Turut kelihatan Pengarah JKM Sarawak Abang Shamsudin Abang Seruji (kiri).
ROHANI (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam kebakaran 1 Syawal lalu. Turut kelihatan Pengarah JKM Sarawak Abang Shamsudin Abang Seruji (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia