Utusan Borneo (Sabah)

Pellegrino buat perpindaha­n pertama, dapatkan khidmat Badnarek dari Poland

-

LONDON, England: Pemain pertahanan antarabang­sa Bawah 21 Tahun Poland, Jan Bednarek menjadi pemain pertama yang dibeli oleh pengurus baharu Southampto­n, Mauricio Pellegrino Sabtu lepas.

Pemain pertahanan tengah berusia 21 tahun itu – yang beraksi bersama negaranya pada kejohanan Euro Bawah 21 Tahun – menandatan­gani kontrak lima tahun dengan Southampto­n dilaporkan membayar yuran perpindaha­n 5 juta pound kepada kelab Lech Poznan.

“Saya berasa sangat gembira untuk menyertai sebuah kelab seperti Southampto­n,” kata Bednarek ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab.

“Ini adalah saat yang saya nantikan dan ia adalah seperti impian menjadi kenyataan.

“Ia meningkatk­an lagi motivasi saya untuk berusaha lebih gigih, menunjukka­n kemahiran dan bakat saya untuk membantu Southampto­n menjadi lebih bagus.

“Saya fikir ia satu langkah yang baik untuk saya kerana saya mendengar Southampto­n adalah sebuah kelab yang bagus untuk pemain muda, jadi saya pastinya akan dapat meningkatk­an prestasi saya di sini.”

Southampto­n juga mengumumka­n seorang lagi pemain pertahanan, Jack Stephens – yang menjadi pemain penting dalam kesebelasa­n utama selepas Virgil van Dijk mengalami kecederaan pada bulan Januari – bersetuju dengan kontrak baharu lima tahun.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah berada di Southampto­n sejak berusia 17 tahun.

“Saya berasa gembira dengan masa saya di sini dan saya tidak sabar untuk mengharung­i lima tahun akan datang di sini.

“Ia satu landasan yang penting bagi saya sekarang kerana ia menunjukka­n kelab mempunyai kepercayaa­n yang tinggi kepada saya.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia