Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic, Pliskova julang Piala Eastbourne

Persiapan untuk kejohanan Grand Slam Wimbledon minggu hadapan

- NOVAK DJOKOVIC Pemain Tennis Serbia

EASTBOURNE, England: Novak Djokovic memenangi kejuaraan pertama beliau sejak bulan Januari apabila menewaskan Gael Monfils 6-3 dan 6-4 di final kejohanan Eastbourne sementara Karolina Pliskova muncul juara bahagian wanita apabila menewaskan Caroline Wozniacki.

Djokovic, yang bermain seminggu sebelum Wimbledon buat kali pertama sejak 2010, memenangi kejuaraan ke-68 dalam kerjayanya – tetapi kejuaraan kedua tahun ini – selepas menewaskan Monfils buat kali ke-14 dalam beberapa pertemuan.

“Ia sudah agak lama di mana saya cuba mencari permainan terbaik dan konsistens­i yang diperlukan untuk bermain dengan baik di peringkat tertinggi,” kata jaguh dari Serbia itu selepas prestasi beliau menurun mendadak selepas memenangi Terbuka Perancis tahun lepas.

“Ia tidak berlaku kepada saya dalam 12 bulan terakhir terutama sekali pada kejohanan besar.

“Tetapi ia tidak begitu serius, ia sudah lumrah dan ia sekurang-kurangnya memberikan cabaran kepada saya. Anda harus menghadapi­nya, belajar dan cuba meningkatk­an usaha lebih gigih lagi.”

Djokovic, pemain ranking keempat dunia, akan menentang Martin Klizan dari Slovakia pada pusingan pertama kejohanan Grand Slam Wimbledon, di mana beliau pernah muncul juara sebanyak tiga kali.

“Kempen saya di sini (Eastbourne) sememangny­a satu pengalaman hebat yang sememangny­a memberikan perangsang kepada saya di Wimbledon,” tambah Djokovic.

“Saya tidak akan menolak untuk kembali ke sini tahun hadapan atau tahun-tahun berikutnya.

“Ia satu persediaan yang baik dan saya berharap meningkatk­an lagi keyakinan, tahap prestasi saya di Wimbledon.”

Djokovic kini sudah menang 19 perlawanan berturut-turut menentang Monfils, pemain dari Perancis dan kemenangan ke-56 dari 57 dalam semua perlawanan sejak final Piala Davis 2010.

Pada final bahagian wanita, Pliskova, pilihan ketiga kejohanan, menewaskan pilihan keenam dari Denmark, Wozniacki 6-4 dan 6-4 untuk meletakkan dirinya sebagai calon juara di Wimbledon.

Pemain dari Republik Czech itu memenangi kejuaraan ketiga beliau musim ini, menyebabka­n Wozniacki masih memburu kejuaraan pertama sejak kemenangan di Hong Kong tahun lepas.

“Saya hanya mahu bermain beberapa perlawanan untuk mencari keserasian dalam permulaan rumput, terutama sekali kerana saya datang dari Czech, saya tidak banyak berlatih di permukaan rumput,” kata Pliskova.

“Itulah yang berlaku dan apa yang menariknya, saya kembali dengan kejuaraan. Saya tidak menjangkak­annya di awal musim permukaan rumput tetapi ia memberikan lebih banyak keyakinan kepada saya di Wimbledon.”

Pemain ranking ketiga dunia itu tewas kepada Dominika Cibulkova di final tahun lepas dan menjadi pemain Republik Czech pertama muncul juara di Eastbourne sejak Jana Novotna pada 1998. – AFP

Ia sudah agak lama di mana saya cuba mencari permainan terbaik dan konsistens­i yang diperlukan untuk bermain dengan baik di peringkat tertinggi.

 ?? -Gambar REUTERS ?? NOVAK Djokovic meraikan kemenangan bersama trofi selepas menewaskan Gael Monfils di kejohanan Eastbourne.
-Gambar REUTERS NOVAK Djokovic meraikan kemenangan bersama trofi selepas menewaskan Gael Monfils di kejohanan Eastbourne.
 ?? -Gambar REUTERS ?? KAROLINA Pliskova dari Czech Republic menjulang trofi selepas menewaskan pemain tenis dari Denmark Caroline Wozniacki.
-Gambar REUTERS KAROLINA Pliskova dari Czech Republic menjulang trofi selepas menewaskan pemain tenis dari Denmark Caroline Wozniacki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia