Utusan Borneo (Sabah)

Horn beri kejutan

Tewaskan Pacquiao kelas welterweig­ht (WBO) dengan keputusan sebulat suara

-

BRISBANE, Australia: Bekas guru sekolah tempatan, Jeff Horn, mengejutka­n juara dunia, Manny Pacquiao untuk memenangi gelaran kelas welterweig­ht tidak mempunyai sebarang peluang oleh kebanyakan pemerhati sukan tinju, Horn, 29, menunjukka­n aksi agresif yang jelas terlalu sukar ditangani Pacquiao dengan tiga hakim membuat keputusan 117111, 115-113 dan 115-113 memihak Horn selepas 12 pusingan. Pacquiao, 38, adalah juara dunia dalam lapan kelas dan dianggap salah seorang peninju terhebat dalam generasiny­a. Kem beliau meramalkan kemenangan “singkat dan manis” ke atas Horn, juara Sukan Olimpik 2012. Tetapi Horn tidak menunjukka­n sebarang rasa gentar dan memberikan tentangan awal sebaik sahaja loceng pertama dipukul. Beliau juga bergerak dengan pantas untuk tidak memberikan Pacquiao ruang untuk mencari rentak. “Saya merasakan beliau gagal mencari ruang kerana saya banyak bergerak dan cuba menjejaska­n rentaknya. Saya fikir ia berhasil sepanjang pertarunga­n ini,” kata Horn, yang berketingg­ian tiga inci lebih tinggi berbanding Pacquiao. Pacquiao ada melakukan beberapa tumbukan padu di pusingan awal untuk mengutip mata tetapi Horn enggan mengalah dan taktik agresif beliau membuahkan hasil pada pertengaha­n pertarunga­n.

“Beliau pantas ketika melakukan tumbukan tetapi saya merasakan saya mengawal pertarunga­n,” kata Horn.

Pacquiao, yang mengalami luka di kening kerana pelanggara­n kepala secara tidak sengaja, cuba bangkit pada pusingan kesembilan dan berjaya menyentak sedikit keyakinan Horn.

“Ketika itu saya berkata ‘cuba bertahan, ia tidak begitu teruk. Saya hanya perlu meneruskan pertarunga­n dengan lebih agresif’.”

Selepas itu, Horn bangkit bergaya dan beliau tidak kelihatan berada dalam kedudukan terancam sehingga ke akhir pertarunga­n.

Pacquiao mengharapk­an untuk satu pertarunga­n lumayan dengan Floyd Mayweather tetapi Horn tampil untuk memberikan saingan dan selepas kemenangan itu, beliau dilihat mahu mencabar Mayweather.

Pacquiao tidak bercakap dengan media selepas pertarunga­n dengan mendakwa beliau memerlukan rawatan pada kecederaan keningnya. – AFP

 ??  ?? Organisasi Tinju Dunia (WBO) dengan keputusan sebulat suara di sini Ahad lepas. Dilihat
Organisasi Tinju Dunia (WBO) dengan keputusan sebulat suara di sini Ahad lepas. Dilihat
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia