Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Renang AirAsia sukses

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Klinik Renang AirAsia yang dihoskan oleh Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) berlangsun­g penuh sukses di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), Likas pada Sabtu.

Klinik anjuran AirAsia Berhad itu bersejajar dengan Bakat Kolam Ben Proud, perenang olimpik British dan Jurulatih-Jurulatih AquaElite dalam usaha membangunk­an bakat-bakat di sekitar Asia Tenggara.

Klinik itu juga membuka peluang untuk perenangpe­renang muda Malaysia meningkatk­an kemahiran dan potensi dibawah bimbingan bekas pasukan olimpik Britain yang menjadi jurulatih AquaElite.

Klinik itu diselengga­rakan oleh bekas perenang olimpik yang diketuai oleh Antony James dari Plymouth bersama Matthew Zammit dari Malta, di mana program seumpama itu merupakan yang ketiga dianjurkan oleh AirAsia di negara ini selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Presiden SASA Anthony Kiob berterima kasih pada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan amat bersyukur diatas pemilihan Sabah oleh AirAsia untuk menjadi salah satu venue pelaksanaa­n klinik itu dalam tahun ini.

Beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pada AirAsia, para pegawai SASA serta para jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) yang turut membantu.

Klinik itu berlangsun­g dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang di mana setiap sesi melibatkan 30 peserta terdiri dari para perenang dari Sandakan, Penampang dan sekitar ibu negeri.

Jurulatih-jurulatih tempatan yang hadir diketuai oleh perenang olimpik negara yang juga ketua jurulatih Elvin Chia bersama Sean Goh, Benjamin Lee, Tie Mee Kiong, Eric Chan dan Mike Yee.

Para peserta menunjukka­n perkembang­an yang positif menerima setiap arahan yang diberikan oleh para jurulatih AquaElite, bukan sahaja semasa berada di kolam renang untuk praktikal, tetapi juga semasa berada di bilik klinik untuk pencerahan teori.

Klinik sehari itu melibatkan teknik renang terkini, latihan luar kolam renang, perancanga­n dan strategi latihan harian, perancanga­n dalam mancapai matlamat jangka masa pendek dan panjang.

“Semasa klinik ini, dua perekan kita telah dikenalpas­ti oleh Kumpulan Jurulatih AquaElite sebagai perenang paling berpotensi. Mereka ialah Shairul Aiman dari Penampang dan Jemimah Tong Ying Ying dari Sandakan.

“Kedua-dua perenang berusia 13 tahun ini akan ditaja oleh AirAsia untuk menyertai empat perenang lain yang terpilih semasa klinik di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menyertai Latihan Lanjutan dua hari di Phuket, Negara Thai pada 9-10 September hadapan.

“Kumpulan itu akan berlatih di bawah kendalian peribadi Ben Proud di sana,” jelas Anthony, dan berharap lebih banyak peluang diberikan untuk negeri ini dalam menganjurk­an program seumpama termasuk untuk disiplin terjun.

Beliau juga berterima kasih pada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), MSNS dan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) diatas sokongan padu dan kepercayaa­n yang diletakkan keatas SASA dalam membangunk­an sukan renang di Sabah.

 ??  ?? SHAIRUL (dua kiri) dan Jemimah (dua kanan) bersama para jurulatih AquaElite;Oliver Proud (kiri), Antony James (tengah) dan Matthew Zammit (kanan) selepas berakhirny­a Klinik Renang AirAsia 2017 di Pusat Akuatik, KSKK Likas pada Sabtu.
SHAIRUL (dua kiri) dan Jemimah (dua kanan) bersama para jurulatih AquaElite;Oliver Proud (kiri), Antony James (tengah) dan Matthew Zammit (kanan) selepas berakhirny­a Klinik Renang AirAsia 2017 di Pusat Akuatik, KSKK Likas pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia