Utusan Borneo (Sabah)

Lorde temui ‘Melodrama’ alam dewasa menerusi album kedua

Kisah-kisah peribadi ‘dewasa’ dan halatuju percintaan

-

S EBAGAI seorang superstar global yang mengejut ketika dia masih remaja, Lorde mengelak perangkap kemasyhura­n awal. Dia berundur dari pandangan orang ramai dan menjalani kehidupan yang tidak menarik bagi tabloid.

Banyak perkara ternyata sudah berlaku bagi Lorde dalam tempoh empat tahun sejak album sulungnya ‘Pure Heroine’.

Album keduanya ‘Melodrama’ - yang dikeluarka­n baru-baru ini dalam salah satu terbitan muzik pop paling dinantinan­tikan pada 2017 mendedahka­n Lorde yang berusia 20 tahun dan sudah mengalami pancaroba dalam kehidupan orang dewasa, dengan satu perhubunga­n yang bermula dan berakhir dan, dari apa yang didengar, banyak minum arak tidak kira hala tuju percintaan­nya.

Seperti yang ditunjukka­n oleh tajuk album itu, artis New Zealand itu atau nama sebenarnya Ella YelichO’Connor amat sedar bahawa kisah-kisah peribadiny­a boleh jadi melampau.

‘Hard Feelings Loveless’ bermula dengan rentak tempo rendah yang santai dan mirip lagunya yang popular ‘Royals’ sebelum ia bertukar menjadi lagu tarian yang berfikiran jahat, di mana Lorde amat gembira sekali dengan penderitaa­n yang dia buat ke atas seorang bekas kekasih.

“We’re L-O-V-E-L-ES-S Generation!” (kita ada generasi yang tidak ada kasih sayang) isytiharny­a, dalam satu baris ulang yang menarik apabila diiringi ritma walaupun ia tidak mungkin akan menjadi satu cogan kata kebudayaan yang lebih luas.

“Kami memberitah­u kamu bahawa ini adalah melodrama,” dia bernyanyi dalam lagu lain dalam album itu. “Betapa cepatnya malam berlalu, membersih gelas wain merah.”

- Bunyi yang semakin matang Lorde,

dengan lagu tulisan di rumah ‘Royals’ yang menjadi mega-hit global yang tular pada 2014, tinggal di New Zealand untuk menulis kebanyakan album tetapi berpindah ke New York untuk merakamkan­nya, menghabisk­an setahun setengah untuk tinggal di metropolis itu di mana dia berjaya umumnya untuk hidup tanpa dikenali.

New York, dengan keadaannya­n yangh sibuk dan tempat minum larut malam, menjadi latar belakang bagi album itu. Ia turut membantu mengalih bunyinya ketika dia mengusahak­an ‘Melodrama’ di studio rumah milik Jack Antonoff, penyanyi rock dari dua buah kumpulan, fun. dan Bleachers.

Selepas dua buah album, Lorde telah menunjukka­n satu struktur lagu yang digemariny­a - permulaan yang perlahan, umumnya ‘a capella’, sebelum dia perlahan-lahan meningkat kepada korus-korus dengan kesan sepenuhnya.

Namun dalam ‘Melodrama’, Lorde turut lebih luas dari segi muzik. Lagu pembukaan dalam album itu ‘Green Light’ kisah tentang percintaan yang semakin pudar dan disulami dengan keseronoka­n malam yang semakin hangat - menampilka­n bunyi disko retro yang mengajak orang menari.

Dia paling menyerlah dalam ‘Liability’, satu balada piano di mana Lorde - suara halus dalam ‘Royals’ dan penghibur pentas bertenaga menunjukka­n kelemahan baharu. Dengan menanggalk­an ‘melodrama’ bersahaja dalam kebanyakan album itu, Lorde bertanya mengenai peranannya dalam dunia apabila suaranya mencapai nada tinggi yang merdu dan nada rendah yang bergema dengan sentuhan geritan. Dalam salah satu rujukan yang mungkin satusatuny­a dalam album itu yang merujuk kepada kemasyhura­n yang dia telah nikmati, Lorde bernyanyi: “The truth is I am a toy that people enjoy / ‘Til all of the tricks don’t work anymore / And then they are bored of me.” (Sebenarnya saya adalah alat permainan yang orang nikmati / Sehingga semua muslihat itu tidak berkesan lagi / Dan kemudian mereka bosan dengan aku)

Dalam ‘The Louvre’, Lorde dan Antonoff memulakan lagu dengan mainan gitar yang bertenaga dan mudah terus dari genre ‘indie rock zaman 1990an.

Lorde, yang dalam ‘Royals’ menyindir usaha yang sia-sia untuk mengejar simbol status kebendaan, kembali kepada gambaran yang sama dalam ‘The Louvre’ - cuma pada kali ini, ia lebih dihidupkan sepenuhnya, dan fokusnya sekali lagi adalah kepada cinta.

“We’re still the greatest / They’ll hang us in the Louvre,” (Kita masih yang terhebat / Mereka akan gantung kita dalam Louvre) dia bernyanyi untuk pura-pura memuji satu perhubunga­n, sebelum dia berlagu: “Down the back, but who cares -- still the Louvre!” (Di belakang, tetapi siapa peduli - masih juga Louvre!) — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia