Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Kaamatan-Gawai Ke-11 tingkat integrasi kaum

- Oleh SALMAN ABADI

PEJABAT

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Daerah Telupid telah menganjurk­an Program Jelajah Menjelang Syawal 2017 untuk menyampaik­an sumbangan kepada beberapa masjid dan surau di sekitar daerah itu.

Sumbangan berupa kelengkapa­n masjid dan surau seperti al-Quran, buku-buku agama dan sebagainya disampaika­n sendiri oleh Pegawai KBS Daerah Telupid Mohd Sufri Mustapha yang hadir bersama rombongan belia dari peringkat akar umbi.

Mohd Sufri berharap agar sumbangan yang tidak seberapa itu dapat menyemarak­kan lagi program-program masjid dan surau serta membantu ahli jemaah beribadah dan menambah amalan.

Ahli jawatankua­sa (AJK) masjid dan surau yang menerima sumbangan itu melahirkan penghargaa­n dan terima kasih di atas kesudian Mohd Sufri dan rombongan KBS menyampaik­an sumbangan itu.

Selain itu, beliau berharap lebih ramai individu atau kumpulan masyarakat yang budiman serta berkemampu­an tampil menghulurk­an sumbangan demi melancarka­n pelaksanaa­n pelbagai aktiviti atau program masjid dan surau di daerah berkenaan.

Justeru, katanya, masyarakat setempat khasnya komuniti muslim di Telupid digalakkan untuk melibatkan diri bersama keluarga dan sahabat handai dalam usaha menjayakan aktiviti atau mengimarah­kan masjid dan surau sekali gus mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ia juga diharap dapat menjayakan fungsi masjid dan surau sebagai medium perpaduan melalui pelaksanaa­n aktiviti dan program yang bermanfaat untuk masyarakat setempat, bukan sahaja dalam konteks kegiatan dakwah Islam tetapi juga pembanguna­n masyarakat keseluruha­nnya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Sufri (tengah) bersama rombongan menyerahka­n sumbangan kepada AJK masjid dan surau di Daerah Telupid.
MOHD Sufri (tengah) bersama rombongan menyerahka­n sumbangan kepada AJK masjid dan surau di Daerah Telupid.
 ??  ?? MOHD Sufri (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kelengkapa­n masjid kepada wakil AJK Masjid Jamek Pekan Telupid.
MOHD Sufri (empat kanan) menyerahka­n sumbangan kelengkapa­n masjid kepada wakil AJK Masjid Jamek Pekan Telupid.
 ??  ?? PENYERAHAN kelengkapa­n untuk membantu mengimarah­kan masjid dan surau.
PENYERAHAN kelengkapa­n untuk membantu mengimarah­kan masjid dan surau.
 ??  ?? MOHD Sufri (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil AJK surau.
MOHD Sufri (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil AJK surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia