Utusan Borneo (Sabah)

Pelayaran semula Jonathan dijangka hari ini, ke Kuching

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pelayaran semula Jonathan Selby, 70, dijangka bermula hari ini menuju ke Kuching.

Beliau yang tiba di Kota Kinabalu pada 8 Jun lalu akan meneruskan pelayarann­ya jika keadaan kapal kecilnya itu dalam keadaan yang baik. Ketika ditemui Utusan

Borneo pada 11 Jun lalu, beliau berkata akan berlayar melalui Laut Cina Selatan di mana persinggah­annya selepas Kota Kinabalu adalah Wilayah Persekutua­n Labuan dan Brunei Darussalam.

Namun, ketika ditemui sekali lagi, beliau menyatakan tidak mempunyai lokasi tetap setiap hari untuk dituju.

“Ini kerana, saya hanya mengikut peredaran masa yang mana apabila matahari terbenam, saya akan berhenti berehat di mana saya berada, namun selepas ini pelayaran saya adalah ke Kuching,” katanya.

Katanya pelayaran jangka panjangnya setakat ini adalah untuk menuju ke Israel dan dalam pengembara­annya itu akan ada banyak tempat persinggah­an.

“Selepas ke Kuching, saya akan menempuhi pelbagai lagi cabaran untuk ke Indonesia sebelum berlayar ke Singapura.

“Selepas Singapura, pelayaran ini diteruskan ke Thailand, India dan mungkin melalui Laut Mati. Saya tidak tahu berapa tahun akan diambil dalam pelayaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perpisahan­nya yang dianjurkan oleh beliau sendiri di sini, Jumaat lalu.

Sementara itu, Jonatahan yang lebih dikenali sebagai Jonathans Journey di akaun Facebook miliknya itu mengadakan majlis perpisahan sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat sekitar Kota Kinabalu yang bertali arus berjumpa dengannya ketika berada di Sabah.

Katanya majlis itu juga adalah daripada sokongan penyokongn­ya yang berada di Kota Kinabalu.

“Saya telah berada di sini kira-kira sebulan dan dua hingga tiga minggu di Kota Kinabalu ini saya dapat lihat masyarakat di sini sangat baik.

“Saya juga telah mengadakan beberapa perkongsia­n di beberapa sekolah serta gereja sekitar Kota Kinabalu dan maklum balasnya sangat baik.

“Dalam pada itu, ramai yang memberi cadangan untuk mengadakan konsert yang mana saya jadikannya sebagai satu majlis perpisahan dan rumah terbuka,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Jonathan bukan sahaja mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak yang hadir untuk bertemu dengannya tetapi juga mengadakan satu sesi perkongsia­n kisah pelayarann­ya sebelum tiba di Kota Kinabalu.

 ??  ?? JONATHAN (belakang) merakamkan gambar kenangan bersama sukarelawa­n yang membantuny­a mengadakan majlis itu.
JONATHAN (belakang) merakamkan gambar kenangan bersama sukarelawa­n yang membantuny­a mengadakan majlis itu.
 ??  ?? JONATHAN (kiri) bermain bersama kanak-kanak yang hadir.
JONATHAN (kiri) bermain bersama kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia