Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan bukan anugerah

Perlu diusahakan bersama untuk mewujudkan keamanan dan keharmonia­n

- Oleh SALMAN ABADI

P

ERPADUAN bukan anugerah sebaliknya memerlukan usaha berterusan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen menegaskan perpaduan mudah diperkatak­an dalam bentuk percakapan namun perlu disedari bahawa ia bukanlah satu anugerah tetapi perlu diusahakan untuk melestarik­an nilai perpaduan sekali gus mewujudkan keamanan.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Silaturahi­m di Bangunan Koperasi Sri Jaya Kampung Bongkud Namaus, Ranau, baru-baru ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu, katanya, mencatat sejarah tersendiri apabila ia turut diraikan oleh komuniti beragama Kristian dan Islam di kampung itu, di mana program seumpamany­a tidak pernah dianjurkan sebelum ini.

“Ia bertujuan memupuk permuafaka­tan dan perpaduan masyarakat walaupun berlainan agama atau kepercayaa­n, namun nilai perpaduan dan saling menghormat­i kepelbagai­an sentiasa kukuh dan mencatat sejarah.

“Penganjura­n majlis ini amat bertepatan dengan slogan perpaduan yang diperkenal­kan kepimpinan Perdana Menteri iaitu gagasan 1Malaysia,” katanya.

Menurutnya, walaupun berbeza agama tetapi penduduk Kampung Bongkud sentiasa mengutamak­an perpaduan, bukan saja ada sikap toleransi tetapi juga nilai menghormat­i agama dan budaya orang lain secara mantap dan wajar dicontohi dengan mengetepik­an perbezaan sebaliknya bersatu dalam kepelbagai­an.

Arthur menjelaska­n Malaysia adalah sebuah negara bermasyara­kat majmuk dan keharmonia­n serta perpaduan adalah tunjang masa depan negara.

“Majlis yang diadakan ini adalah sejarah yang pertama dan keharmonia­n itu bermula di sini (Kg Bongkud) kemudian ke daerah Ranau dan seterusnya diharap terus berkembang di tempat lain di negeri Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia berkata masyarakat wajar menghormat­i pemimpin tempatan, bersatu hati dan berkongsi pendapat walaupun sedar memang akan ada kekurangan dan mungkin berlaku perselisih­an faham, tetapi sama-sama mengatasi dan menyelesai­kan permasalah­an secara berhemah dan bijaksana.

Beliau turut mengucapka­n syabas kepada pengerusi penganjur, Ketua Umno Bongkud Wainsing Kamalid yang bertungkus lumus menjayakan majlis itu, yang berlangsun­g sederhana tetapi amat bermakna dalam konteks perpaduan sebenar.

Sementara itu, Penatua SIB Kawasan Perancanga­n James George yang turut hadir memeriahka­n majlis itu menyatakan sudah tiba masanya komuniti Muslim dan Kristian lebih bekerjasam­a untuk menyuburka­n lagi semangat perpaduan serta kerjasama demi kebaikan bersama di kampung itu.

Dalam majlis yang sama, Ketua Wanita Umno merangkap Ahli Jemaah Peladang Hajah Mainah Mirin turut menyatakan rasa bangga dan bersyukur atas penganjura­n majlis itu.

Katanya ia dapat membina dan mengukuhka­n semangat ‘kepiuludan’ selain mencatat sejarah pertama. Beliau menyeru penduduk Kg Bongkud agar terus hormat menghormat­i dan mengekalka­n perpaduan sedia ada.

Mainah juga menggesa golongan belia dan beliawanis agar aktif mengikuti dan mengambil bahagian dalam pelbagai program atau aktiviti di kampung itu sekali gus mengeratka­n lagi penyatuan dan perpaduan serta usaha memajukan kampung.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Bongkud Bindang Mantakag, Ketua Pemuda Umno Bongkud Rayner Bakoi, Ketua Pemuda PBS Paginatan Faustin Thomas, Pegawai Rela Daerah Ranau Eddie Awang Damit, Pembantu Khas dan Setiausaha Sulit Ketua Pemuda Upko Nasional Mohd Yusuf Mohd Kahar dan para pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? ARTHUR (berdiri) menyampaik­an ucapan sambil diperhatik­an James (kiri), Mohd Yusuf (kanan) dan para tetamu jemputan.
ARTHUR (berdiri) menyampaik­an ucapan sambil diperhatik­an James (kiri), Mohd Yusuf (kanan) dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kg Bongkud yang menghadiri majlis itu tanpa mengira perbezaan agama.
SEBAHAGIAN penduduk Kg Bongkud yang menghadiri majlis itu tanpa mengira perbezaan agama.
 ??  ?? JAMES (berdiri) turut menyampaik­an ucapan di majlis itu.
JAMES (berdiri) turut menyampaik­an ucapan di majlis itu.
 ??  ?? ARTHUR bersembang santai sambil mengeratka­n perpaduan bersama penduduk Kg Bongkud.
ARTHUR bersembang santai sambil mengeratka­n perpaduan bersama penduduk Kg Bongkud.
 ??  ?? KOMUNITI Muslim dan Kristian Kg Bongkud bersama-sama memeriah dan menjayakan majlis itu.
KOMUNITI Muslim dan Kristian Kg Bongkud bersama-sama memeriah dan menjayakan majlis itu.
 ??  ?? MAINAH (kiri) dan Wainsing (berdiri, kanan).
MAINAH (kiri) dan Wainsing (berdiri, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia