Utusan Borneo (Sabah)

Kenang budaya silat nenek moyang

Lebih 150 tetamu hadir meriahkan Malam Mesra Raya Berbusana

- Oleh SADDAM EDRIS

L

EBIH 150 orang hadir pada Majlis Malam Mesra Raya Berbusana yang dianjurkan oleh Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS Pesaka Sabah) Datuk Ilyas Ibrahim di kediamanny­a di Putatan, malam Sabtu lepas.

Majlis yang berlangsun­g pada jam 8 malam itu berjaya menghimpun­kan ahli Persatuan Seni Silat Sabah (PSSS) dan PSS Pesaka Sabah bersama keluarga masing-masing.

Ilyas ketika ditemui berkata penganjura­n majlis itu adalah kesinambun­gan daripada Majlis Makan Malam Berbusana yang diadakan di Hotel Tabung Haji pada Mei lepas.

“Sambutan sungguh luar biasa, jadi saya berjanji kepada mereka untuk mengadakan sekali lagi pada Hari Raya ini dan alhamdulil­lah, malam ini sudah jadi kenyataan.

“Sebagai peneraju, saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada seluruh ahli pesilat di Sabah termasuk ahli persatuan ini sendiri yang kini memiliki keahlian lebih 8,000 orang,” katanya.

Majlis itu berjaya menemukan beliau bersama rakan lama yang banyak menabur bakti dalam memartabat­kan seni silat di negeri ini.

Atas tanggungja­wab yang diberikan, beliau yang juga mantan Pesuruhjay­a Polis Sabah tekad untuk terus bergiat aktif dalam menyebar luas seni silat bagi mengenang jasa dan budaya nenek moyang itu.

“Dengan mengadakan majlis malam berbusana ini, kita dapat menimbulka­n semula suasana yang sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kita yang perlu diwarisi oleh generasi muda.

“Justeru, kita mengalakka­n anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam seni silat yang sememangny­a diiktiraf sebagai benteng nombor tiga negara,” jelasnya yang juga pernah menyandang tugas sebagai mayor Bandaraya Kota Kinabalu itu.

Dalam pada itu, Ilyas berkata pihaknya turut turun padang ke sekolah bagi mengajar pelajar berkaitan seni silat seiring dengan kehendak kerajaan di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Usaha ini perlu agar seni silat akan terus berkembang pesat seterusnya mengekalka­n budaya turun temurun ini daripada ditelan zaman,” katanya.

Beliau meminta agar pesilat di negeri ini terus menjadi mata telinga

kerajaan dalam membantu pasukan keselamata­n menjaga keharmonia­n negara khususnya dalam membendung kegiatan Daesh. Katanya PSS Pesaka Sabah juga akan terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang yang banyak memberi sokongan kepada persatuan itu

“Sebagai peneraju, saya bersyukur kerana mendapat sokongan daripada seluruh ahli pesilat di Sabah termasuk ahli persatuan ini sendiri yang kini memiliki keahlian lebih 8,000 orang, DATUK ILYAS IBRAHIM

untuk terus bergiat aktif.

Sementara itu, Penerima Tanjak yang juga mantan Timbalan Yang Dipertua PSS Pesaka Sabah Awang Besar Haji Dulah memuji hasil kepimpinan Ilyas yang berjaya menyatupad­u kesemua persatuan seni silat Sabah.

Katanya usaha itu juga memperliha­tkan seni silat di Sabah semakin berkembang dan terserlah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan berbanding sebelum ini.

“Nampaknya, badan induk ini semakin terserlah hasil teraju Datuk Ilyas dalam mendidik ahli dan anak-anak muda di Sabah berkaitan seni silat.

“Walaupun saya kini mengalami kekangan fizikal akibat sakit, namun Saya terbuka sekiranya diperlukan untuk memberi

buah dalam memartabat­kan seni silat Sabah di persada dunia,” jelasnya.

Terdahulu, turut berlangsun­g pelbagai persembaha­n yang menjadi hiburan kepada tetamu yang hadir sepanjang majlis berkenaan seperti persembaha­n Qasidah, pertunjuka­n seni silat dan banyak lagi.

Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS Pesaka Sabah)

 ??  ?? (Gambar kanan) ILYAS (tengah) merakam gambar kenangan bersama rakan seperjuang­an.
(Gambar kanan) ILYAS (tengah) merakam gambar kenangan bersama rakan seperjuang­an.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Qasidah.
PERSEMBAHA­N Qasidah.
 ??  ?? TETAMU di majlis berkenaan.
TETAMU di majlis berkenaan.
 ??  ?? (Gambar atas) ILYAS (kanan) memberikan cendera kenangan berupa buku kepada Awang.
(Gambar atas) ILYAS (kanan) memberikan cendera kenangan berupa buku kepada Awang.
 ??  ?? TETAMU merakam gambar kenangan bersama Ilyas (dua kiri).
TETAMU merakam gambar kenangan bersama Ilyas (dua kiri).
 ??  ?? ILYAS (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Awang.
ILYAS (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Awang.
 ??  ?? ILYAS (tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu majlis.
ILYAS (tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu majlis.
 ??  ?? PERTUNJUKA­N seni silat.
PERTUNJUKA­N seni silat.
 ??  ?? ILYAS (kanan) memakaikan tanjak kepada Awang.
ILYAS (kanan) memakaikan tanjak kepada Awang.
 ??  ?? fikiran atau idea
fikiran atau idea
 ??  ?? ILYASketik­aditemuiUt­usan Borneo.
ILYASketik­aditemuiUt­usan Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia