Utusan Borneo (Sabah)

SFR Perpustaka­an Negeri tingkat hubungan kekeluarga­an

-

PENGANJURA­N Sunday Family Ride (SFR) kini sudah berada petengahan 2017 yang mana ia dijalankan pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan.

Kini, giliran Perpustaka­an Negeri Sabah iaitu, sebuah institusi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam SFR itu, pelbagai acara telah dijalankan yang dapat meningkatk­an lagi hubungan kekeluarga­an.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata acaraacara yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat itu dapat memupuk semangat kekitaan.

“Sambil bersantai, kita rehatkan badan dan rapatkan diri kita bersama keluarga kerana inilah masanya yang sesuai untuk kita dan seisi keluarga.

“Jadi, saya meminta agar pada pertengaha­n tahun ini kita kembalikan semangat kekitaan yang kini sudah dibawa arus pemodenan.

“Sebagai ibu bapa, sibuk macam mana pun kita mesti luangkan masa dengan keluarga,” katanya.

Sementara itu, antara aktiviti yang dijalankan pada SFR anjuran Perpustaka­an Negeri Sabah adalah senamrobik, berbasikal santai, aktiviti mewarna kanak-kanak dan pertanding­an berbasikal pelbagai kategori.

Aktiviti berbasikal santai yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu telah disempurna­kan oleh Jainab sendiri.

Beliau turut berkesempa­tan membuat lawatan ke gerai-gerai pameran dan jualan yang disediakan pada SFR itu.

Bagi memeriahka­n keadaan, artis tempatan Sabah Sakinah turut hadir sebagai tetamu jemputan.

Suasana SFR juga diceriakan lagi dengan kehadiran badut yang membuat pelbagai rupa bentuk belon dan diberikan kepada kanak-kanak yang hadir.

Bagi aktiviti pameran, Petrosains turut serta memeriahka­n suasana dengan beberapa permainan khas pengunjung yang hadir.

Tidak ketinggala­n juga, cabutan tiket bertuah kepada semua peserta yang mendaftark­an nama mereka pada SFR itu.

 ??  ?? ANTARA gambar kenangan yang dirakamkan pada SFR bersama jainab (tengah).
ANTARA gambar kenangan yang dirakamkan pada SFR bersama jainab (tengah).
 ??  ?? JAINAB (dua kanan) turut serta dalam aktiviti mewarna.
JAINAB (dua kanan) turut serta dalam aktiviti mewarna.
 ??  ?? SAKINAH (kiri) turut memeriahka­n program berkenaan.
SAKINAH (kiri) turut memeriahka­n program berkenaan.
 ??  ?? JAINAB (kanan) melepaskan aktiviti berbasikal santai.
JAINAB (kanan) melepaskan aktiviti berbasikal santai.
 ??  ?? AKTIVITI yang dianjurkan oleh Petrosains.
AKTIVITI yang dianjurkan oleh Petrosains.
 ??  ?? SENAMROBIK yang diadakan seawal pagi.
SENAMROBIK yang diadakan seawal pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia