Utusan Borneo (Sabah)

Serangan siber Ransomware dijangka jadi lebih agresif

Powerbloc tawar pelbagai penyelesai­an keselamata­n ICT “Ransomware akan kekal. Ia nampaknya didorong oleh keuntungan. Mereka sangat teratur dan beroperasi dari negaranega­rayang tidak mempunyai undangunda­ng untuk menghalang mereka daripada melakukan aktivi

-

KUALA LUMPUR: Serangan siber Ransomware (perisian tebusan) tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini dan hanya akan menjadi lebih agresif, kata Sri Utami Dewi Kasman, Pengurus Besar Powerbloc Generation Sdn Bhd, penyedia penyelesai­an keselamata­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan.

“Ransomware akan kekal. Ia nampaknya didorong oleh keuntungan. Mereka sangat teratur dan beroperasi dari negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang mereka daripada melakukan aktiviti siber jenayah seperti itu,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual barubaru ini.

Ransomware ialah perisian yang akan memperoleh akses ke sistem komputer menerusi saluran sah, seperti apabila pengguna mengklik atau memuat turun sebarang pautan menerusi laman web atau e-mel.

“Jangkitan virus boleh dicegah menerusi kempen kesedaran untuk mengingatk­an pengguna agar tidak membuka e-mel yang mencurigak­an dan mengklik atau memuat turun pautan dan fail yang tidak dikenali,” katanya sambil memberi contoh serangan Ransomware WannaCry menjejaska­n 300,000 komputer seluruh dunia dengan mengeksplo­itasikan kelemahan dalam sistem Microsoft Windows.

“Bagaimanap­un, di sini, badan-badan kerajaan dan agensi keselamata­n siber kita bekerjasam­a untuk memerangi serangan siber itu,” katanya.

Sri Utami Dewi berkata kurang kesedaran mengenai ancaman siber dalam kalangan pengguna komputer, penyelesai­an keselamata­n ICT yang ketinggala­n zaman dan kekurangan pakar keselamata­n siber merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kes serangan siber di negara ini.

“Kita kurang memiliki siswazah dengan kemahiran keselamata­n siber,” katanya.

Beliau berkata keselamata­n siber Malaysia juga lemah disebabkan oleh kurangnya penguatkua­saan, pembiayaan dan maklum balas daripada mangsa yang mengambil berat tentang reputasi mereka.

“Salah satu alasan mengapa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan yang mencukupi ialah kerana mangsa tidak tampil membuat laporan mengenai serangan siber di organisasi mereka,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 2,500 kes serangan siber dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia