Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka terus meningkat

-

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungk­inan meneruskan­aliranpeni­ngkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini dipacu oleh sentimen keyakinan terhadap perkembang­an landskap makroekono­mi Malaysia.

Penganalis­is Penyelidik­an di firma FXTM, Lukman Otunuga berkata sejajar dengan penyusutan dolar Amerika yang mencecah paras terendahny­a setakat tahun ini ketika komen-komen keras yang dilontarka­n oleh bank-bank pusat di luar AS yang menjejaska­n dolar, sebaliknya hanya mendorong peningkata­n ringgit.

“Faktor yang berkemungk­inan berperanan penting dalam menentukan pergerakan ringgit pada minggu depan adalah reaksi pasaran terhadap minit-minit mesyuarat Jawatankua­sa Terbuka Persekutua­n AS dan laporan data penggajian bukan ladang yang boleh memberi kesan.

“Biar pun aktiviti pengambila­n untung akan menyusuli peningkata­n ringgit, namun kenaikan harga minyak mungkin terus menyokong unit tempatan itu dan mengekangn­ya daripada susut,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga Kanan di OANDA, Stephen Innes berkata unjuran dolar AS yang lebih lemah sebaliknya akan menjadi pemangkin terhadap kekukuhan ringgit pada minggu ini.

Pasaran tukaran asing Malaysia ditutup pada 26-27 Jun bersempena cuti Aidilfitri.

Bagiminggu singkat yangbaharu­berakhir ini,ringgit bergerak dalamlingk­unganantar­a 4.2840dan 4.2920 berbanding dolar AS, sebahagian besarnya dipengaruh­i oleh prestasi harga minyak mentah, tekanan jualan dolar AS dan peningkata­n persekitar­an makroekono­mi di negara ini.

Bagi perbanding­an asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih rendah pada paras 4.2920/2950 berbanding dolar AS daripada 4.2865/2895 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1181/1220 daripada 3.0912/0944 minggu sebelumnya, merosot berbanding pound Britain kepada 5.5757/5801 daripada 5.4537/4584 serta lemah berbanding euro kepada 4.8963/8015 daripada 4.7880/7918 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un meningkat berbanding yen kepada 3.8328/8365 daripada paras 3.8541/8578 sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia