Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat hasil tani jana ekonomi rumah panjang

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menggesa penduduk rumah panjang di negeri ini menjalanka­n aktiviti pertanian bagi meningkatk­an pendapatan ekonomi di rumah panjang.

Beliau menjelaska­n, terdapat banyak lagi kawasan tanah lapang di rumah rumah panjang perlu diusaha dengan aktiviti pertanian bagi meningkat pendapatan keluarga mahupun penduduk rumah panjang itu sendiri.

“Kerajaan amat menggalak masyarakat rumah panjang mengusahak­an tanah terbiar dengan mengusahak­an pelbagai tanaman sama ada buah-buahan, sayursayur­an mahupuan tanaman komersial lain seperti sawit, getah, lada dan sebagainya.

“Ini kerana tanaman tanaman seperti ini mampu meningkat pendapatan keluarga masing-masing serta penduduk rumah panjang itu sendiri,” katanya.

Jelasya, ia juga banyak manfaat yang kita semua dapat perolehi dan tanah kita diusaha sehingga tahap maksimum.

Mong berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Dewan Datuk Mong dan Program Penutup Gawai 2017 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tengang, Sri Aman dekat sini, baru-baru ini.

Beliau turut mengingatk­an rakyat di negeri ini supaya mengambil dan merebut segala peluang disedia kerajaan dengan memohon pelbagai bantuan terutama melibatkan hal hal pertanian.

“Kerajaan sentiasa bersedia membantu rakyat memohon bantuan sebaliknya hasil daripada bantuan kerajaan tersebut, rakyat kita perlu berusaha sendiri agar hasil dari bantuan kerajaan tersebut dalam kita lihat.

“Jangan sesekali, apabila kerajaan telah membantu kita, kita tidak mahu terus berusaha dan sebagainya hasil dari bantuan tersebut kita perlu berusaha lebih gigih lagi agar setiap usaha kita itu menampakka­n hasilnya,” katanya lanjut.

Terdahulu, majlis berkenaan telah dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Dalam Negeri juga Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Pada majlis berkenaan, Mong telah mengumum peruntukan berjumlah RM30,000 kepada JKKK Rumah Lanchum, Kampung Sungai Tengang, Sri Aman dimana RM 20,000 diperuntuk­kan kepada JKKK dan RM 10,000 kepada Biro Wanita.

Selain itu, Mong turut menyampaik­an geran berjumlah RM 5,000 kepada Jawatankua­sa Pengurusan Dewan Datuk Mong Dagang bagi tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia