Utusan Borneo (Sabah)

Infantino puji sistem VAR sebagai ‘kejayaan besar’

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Gianni Infantino memuji sistem pengadil bantuan video (VAR) sebagai “kejayaan besar” pada kejohanan Piala Konfederas­i tetapi mengakui ia masih perlu dipertingk­atkan lagi.

FIFA menguji sistem VAR di Rusia dan Infantino berkata enam keputusan yang mengubah keputusan perlawanan dibuat dengan VAR setakat ini bermakna “permainan lebih adil dan lancar”.

Contoh terbaik kesan sistem itu ialah apabila Portugal dinafikan satu gol ketika seri 2-2 dengan Mexico di pusingan pertama kejohanan selepas bantuan video mengesan empat pemain berkeduduk­an ofsaid sebelum Nani merembat bola muntah ke pintu gol.

Dan ketika Jerman menewaskan Cameroon 3-1, di mana pengadil pada awalnya menyingkir­kan pemain yang salah sebelum VAR mengubah keputusan untuk memastikan Ernest Mabouka sepatutnya disingkirk­an kerana kekasaran ke atas Emre can.

“VAR adalah satu kejayaan besar di Rusia,” kata Infantino.

“VAR mempunyai peluang untuk campur tangan dan ada enam keputusan penting, di mana ia adalah keputusan tepat atau memperbetu­lkan kesilapan pengadil.

“Tanpa VAR, kita mungkin mempunyai situasi yang berbeza dan ia sudah tentu kurang adil. Kerana VAR, kami mencapai sesuatu yang hebat – kesilapan besar tidak akan berlaku lagi.

“Ia akan sentiasa seorang pengadil dalam padang yang membuat keputusan dan akan sentiasa ada perbincang­an tetapi kesilapan besar akan diperbetul­kan dan ia satu pencapaian hebat selepas perkara ini didesak sejak sekian lama.”

Menunggu beberapa minit ketika VAR membuat keputusan dan berhubung dengan pengadil dalam padang telah menangguhk­an beberapa permainan, dengan Infantino mengakui masih ada ruang untuk diperbaiki lagi.

“Sudah tentu ia satu ujian, kami masih perlu melancarka­n lagi cara membuat keputusan, supaya ia lebih pantas.”

FIFA merancang untuk meneruskan lagi ujian VAR di Jerman dan Portugal pada musim hadapan, dengan Infantino berkata pada bulan April di mana VAR akan digunakan di Piala Dunai 2018.

Pierluigi Collina, pengerusi jawatankua­sa pengadil FIFA, berkata pengadil di Piala Konfederas­i memberitah­u beliau di mana sistem VAR memberikan mereka lebih keyakinan.

“VAR adalah satu perkara positif yang membantu pengadil mengelak melakukan kesilapan, ia satu keputusan positif setakat ini,” kata Collina.

“Ia satu usaha yang baik dengan sistem VAR – kami hanya menggunaka­nnya pada 74 perlawanan, di Piala Kelab Dunia (Disember tahun lepas), Piala Dunia Bawah 20 Tahun dan di sini.

“Ia masih belum sempurna dan ia pastinya mengejutka­n jika semuanya sempurna selepas hanya beberapa perlawanan.” – AFP

 ?? -Gambar AFP ?? PRESIDEN FIFA Gianni Infantino ketika sidang media tertutup Piala Konfederas­i 2017 di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg baru-baru ini.
-Gambar AFP PRESIDEN FIFA Gianni Infantino ketika sidang media tertutup Piala Konfederas­i 2017 di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia