Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal tidak akan jual Sanchez ke United, City

-

LONDON, England: Arsenal memberitah­u Alexis Sanchez beliau tidak akan dijual ke Manchester United kerana pengurus kelab, Arsene Wenger, tidak mahu menjual aset terbaik beliau kepada pencabar kejuaraan mereka musim hadapan.

Ini bermakna persediaan musim baharu Arsenal akan terganggu oleh keinginan Sanchez untuk menyertai City.

Sanchez, yang menjadi penjaring gol terbanyak Chile minggu lepas, beraksi di final Piala Konfederas­i menentang Jerman, dijangka akan berpindah ke City tetapi Wenger berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila menjual pemain terbaik mereka kepada pencabar terkuat.

Sekarang mereka memiliki kekuatan kewangan untuk menolak sebarang bidaan dan memberitah­u Sanchez untuk menyertai kelab di luar England sekiranya tetap mahu meninggalk­an kelab, dengan Paris Saint Germain (PSG) menjadi pilihan utama.

Sanchez juga boleh kekal di kelab pada akhir kontrak dan dapat meninggalk­an kelab tanpa sebarang yuran perpindaha­n.

Satu-satu situasi mungkin boleh mengubah pendirian kelab ialah jika Arsenal sanggup membayar 120 juta pound untuk penyerang remaja Monaco, Kylian Mbappe dan perlu mendapatka­n semula dana perpindaha­n atau jika Sergio Aguero menjadi sebahagian perjanjian perpindaha­n.

Tetapi penglibata­n Sanchez bersama Chile pada musim panas ini bermakna beliau hanya kembali ke London pada akhir bulan Julai dan situasi tidak dijangka banyak berubah ketika beliau sedang bercuti.

Ini bermakna sehingga perlawanan pembuka tirai musim baharu Piala Perisai menentang Chelsea pada 6 Ogos, banyak spekulasi akan menyelubun­gi Sanchez.

Seperti Sanchez, Mesut Ozil juga masih belum menandatan­gani kontrak baharu – bernilai sekitar 300,000 pound seminggu bersama-sama hak imej – tetapi Arsenal berasa yakin Ozil, pemain antarabang­sa Jerman, akan menandatan­gani kontrak baharu.

Arsenal mengakui bahawa peluang untuk mendapatka­n Mbappe adalah tipis dengan pemain antarabang­sa Perancis itu dijangka kekal di Monaco atau menyertai kelab lebih gah, Real Madrid.

Kerana itu kenapa penyerang Lyon, Alexandre Lacazette kembali menjadi perhatian, dengan Thomas Lemar, juga dari Monaco, antara pilihan lain.

Lacazette akan menyebabka­n kelab membayar satu rekod perpindaha­n kelab bernilai 50 juta pound dan Lemar sekitar 35 juta pound dengan Arsenal mahu urusan perpindaha­n dilakukan dengan segera. – Reuters

 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia