Utusan Borneo (Sabah)

Jolianis juara golf Raya Kiulu

Presiden Kiulu Golf tewaskan empat pemain lain menerusi Kiraan Semula (OCB)

- Setiausaha Politik MOSTI JOISIN ROMUT

KOTA KINABALU: Jolianis Lampong menjuarai Pertanding­an Golf Raya Kiulu 2017 yang berlangsun­g di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) baru-baru ini.

Aksi nett par golf membolehka­n Jolianus, yang juga presiden Kiulu Golf, menewaskan empat pemain lain menerusi Kiraan Semula (OCB), selepas kesemua pencabar terdekat itu turut mencatat nett 72 pukulan.

Naib johan disandang oleh Maximillia­n Jr. Boijol sambil pemenang tempat ketiga hingga kelima masing-masing disandang oleh Jacklin Johannes, Tommie Philip Lajawai dan Jenius Jipanin.

Kategori Nett Keseluruha­n yang menawarkan tujuh

Saya melihat semangat setiakawan terjalin kukuh di antara semua peserta yang mengambil bahagian. Saya berharap persahabat­an dan silaturrah­im ini akan terus berbekalan dalam kita mengharung­i era yang semakin mencabar ini.

hadiah menyaksika­n tempat keenam disandang oleh Dominic Minsi mengatasi pemenang tempat ketujuh Joachim Gaban menerusi OCB selepas kedua-dua mereka mencatat nett satu atas par 73 pukulan.

Dalam persaingan kategori Gross Keseluruha­n, Lee Siaw Chung dengan catatan sembilan atar par 81 pukulan muncul selaku juara menewaskan naib johan Johnny KimSeng menerusi kelebihan tipis satu pukulan, sambil Harry Beatty dengan aksi 83 pukulan menduduki tempat ketiga.

Kejohanan itu, yang turut disertai oleh para pemain dari Braggers Golf dan Fun Golf, mendapat tajaan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan pemangku presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Setiausaha Politik MOSTI; Joisin Romut dengan turut disaksikan oleh naib presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Maximillia­n Jr. Boijol, Pengurus Jualan (Golf) SHGCC; Suzan George dan kapten Fun Golf; Peter Koh.

Joisin dalam ucapan beliau merakamkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup meluangkan masa dan memberi sokongan dalam menjayakan penganjura­n kejohanan itu yang bertujuan untuk mengukuhka­n lagi perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Kiulu Golf diatas usaha menganjurk­an kejohanan itu, meskipun agak sederhana tetapi meriah dan memenuhi matlamat penganjura­n.

“Saya melihat semangat setiakawan terjalin kukuh di antara semua peserta yang mengambil bahagian.

“Saya berharap persahabat­an dan silaturrah­im ini akan terus berbekalan dalam kita mengharung­i era yang semakin mencabar ini,” jelas beliau yang mana turut menyertai pertanding­an itu.

 ??  ?? JOLIANIS (enam dari kiri) dan Joisin bersama antara para peserta Pertanding­an Golf Raya Kiulu 2017 merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum memulakan permainan di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) baru-baru ini.
JOLIANIS (enam dari kiri) dan Joisin bersama antara para peserta Pertanding­an Golf Raya Kiulu 2017 merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum memulakan permainan di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) baru-baru ini.
 ??  ?? PETER (dari kiri) menyaksika­n Jolianis menyampaik­an hadiah Gross Keseluruha­n kepada Siaw Chung, Johnny dan Harry yang diwakili oleh Joachim.
PETER (dari kiri) menyaksika­n Jolianis menyampaik­an hadiah Gross Keseluruha­n kepada Siaw Chung, Johnny dan Harry yang diwakili oleh Joachim.
 ??  ?? SUZAN (dari kiri) dan Peter menyaksika­n Joisin menyampaik­an hadiah Nett Keseluruha­n kepada Jolianus, Maximillia­n dan Jacklin yang diwakili oleh Joachim.
SUZAN (dari kiri) dan Peter menyaksika­n Joisin menyampaik­an hadiah Nett Keseluruha­n kepada Jolianus, Maximillia­n dan Jacklin yang diwakili oleh Joachim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia