Utusan Borneo (Sabah)

Kota Kinabalu kembali sesak

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu kembali sesak apabila warga kota memulakan rutin harian mereka selepas seminggu bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bukan sahaja mereka yang bekerja mula membanjiri laluan utama Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah juga berkongsi jalan yang sama.

Elisther Elik, 27, berkata jalan di Kota Kinabalu agak sesak berbanding pada minggu pertama Hari Raya.

“Ini disebabkan pengguna jalan raya yang meningkat berbanding pada masa cuti raya minggu lalu. Suasana terasa berbeza selepas warga kota kembali daripada bercuti.

“Kesesakan amat terasa pada hari pertama memulakan rutin kerja selepas cuti ini," katanya ketika ditemui.

Katanya bukan sahaja mereka yang bekerja mula membanjiri Bandaraya Kota Kinabalu tetapi masyarakat lain turut memulakan rutin mereka.

Jika dilihat, pada cuti Hari Raya lalu, semua orang sibuk dengan aktiviti kunjung mengunjung saudara mara.

"Namun kini, premis dan pusat beli-belah sudah banyak yang buka menyebabka­n lebih ramai orang keluar untuk berjalan-jalan dan tertumpu di pusat bandar," katanya.

Walaupun keadaan jalan raya yang sesak, Elisther berkata pengguna masih lagi mampu bersabar kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan di Kota Kinabalu.

"Kita tahu di Kota Kinabalu sememangny­a pengguna jalan raya semakin meningkat terutamany­a mereka yang mempunyai kereta," katanya.

Tambahnya, ia sudah menjadi kebiasaan bagi warga kota untuk menempuhi keadaan yang sesak di sini.

 ??  ?? ELISTHER
ELISTHER
 ??  ?? JALAN Tun Razak di tengah pusat bandar dalam keadaan sesak.
JALAN Tun Razak di tengah pusat bandar dalam keadaan sesak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia