Utusan Borneo (Sabah)

POLIS SELESAI 10 KES

Dua geng pecah rumah diberkas

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Wanita dan penagih dadah antara suspek yang berjaya diberkas polis membabitka­n dua geng yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi sejak awal tahun ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata seramai lapan suspek termasuk seorang wanita ditangkap dalam empat siri serbuan, baru-baru ini.

Menurutnya penangkapa­n kesemua suspek turut berjaya menyelesai­kan sebanyak 10 kes pecah rumah dan curi sekitar Kota Kinabalu dengan jumlah anggaran kerugian kira-kira RM147,500 dan jumlah rampasan barangan elektrik bernilai RM70,000.

Katanya sekitar jam 8 hingga 10 malam pada 28 Jun lepas, pihaknya membuat serbuan di dua rumah sekitar Taman Keramat di sini membabitka­n tangkapan empat ahli Geng Farah.

“Empat suspek itu termasukla­h seorang wanita yang juga dipercayai ketua geng berumur 36 tahun dan tiga lelaki berumur lingkungan 19 hingga 33 tahun.

“Dua suspek turut didapati positif dadah jenis syabu dan tiga ahli geng ini mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil soal siasat mendapati keempat-empat suspek terlibat secara positif sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah sekitar daerah Kota Kinabalu, "katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata, ketujuhtuj­uh kes itu melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM57,500.

Selain itu jelasnya, hasil serbuan turut merampas barangan bernilai kira-kira RM35,000 membabitka­n sebuah Proton Saga, 31 unit pembesar suara dan 14 jenis barangan elektrik.

Pihaknya masih menyiasat kes berkenaan dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 29 Jun hingga 5 Julai ini mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis masih memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Masrinhy Masazing atau Max, 35, dipercayai teman lelaki kepada suspek wanita yang diberkas.

Katanya suspek yang masih diburu dikenal pasti terlibat dengan kes-kes lain yang dijalankan oleh Geng Farah.

Sehubungan itu pihaknya meminta orang ramai yantg mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubung­i Pegawai Penyiasat Sarjan Afizan Kasijan di talian 0198601230.

"Kita juga berjaya memberkas satu lagi geng pecah rumah dikenali sebagai Geng Joepy dalam dua serbuan membabitka­n dua premis di Kampung Lok Kawi Penampang dan Lido Square.

"Serbuan pertama pada 29 Jun lepas kira-kira jam 5 petang dan serbuan kedua pada Ahad lepas kira-kira jam 2.30 petang.

"Empat lelaki ditahan berumur dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis syabu," jelasnya.

Ramli berkata hasil siasatan mendapati keempat-empat suspek terlibat secara langsung sekurang-kurangnya dalam tiga kes pecah rumah dan curi kenderaan sekitar Kota Kinabalu sejak Mac lepas hingga Jun tahun ini.

Kesemua kes berkenaan, katanya, melibatkan jumlah kerugian sekitar RM92,000 dan kira-kira RM35,000 hasil rampasan diperolehi dari serbuan.

Menurutnya antara barangan yang dirampas termasukla­h sebuah kereta Proton Saga, 14 komponen komputer, sebuah televisyen, 22 rangkai kunci kenderaan pelbagai jenis, sebuah komputer riba, dua telefon bimbit, serta enam peralatan dipercayai untuk pecah rumah.

"Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 30 Jun lepas dan akan disambung reman untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379 A Kanun Keseksaan.

"Modus operandi keduadua geng ini menjadikan kilang, pejabat, dan rumah kediaman sebagai sasaran dengan melibatkan kegiatan curi barangan elektrik dan wang tunai," katanya.

Beliau turut mengingatk­an agar orang ramai tidak terlibat dengan sebarang urus niaga melibatkan barangan curi.

Ia kerana katanya, membeli dan memiliki barangan curi adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

 ??  ?? MASRINHY @MAX masih diburu polis.
MASRINHY @MAX masih diburu polis.
 ??  ?? RAMLI (dua kanan) dan Chandra (kanan) menunjukka­n barang-barang rampasan selepas sidang media kelmarin.
RAMLI (dua kanan) dan Chandra (kanan) menunjukka­n barang-barang rampasan selepas sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia