Utusan Borneo (Sabah)

Pusat penempatan sementara dibuka di Batu 2 Jalan Apas

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah (JKBA) Tawau memutuskan supaya hampir 2,000 mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut Batu 4 Jalan Apas, di sini, untuk dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara, Batu 2 Jalan Apas.

Statistik terbaharu menunjukka­n seramai 1,960 mangsa dan 253 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 1,141 warganegar­a (170 KIR) dan 819 bukan warganegar­a (91 KIR) didaftarka­n.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipil berkata keputusan itu dibuat berdasarka­n penilaian beberapa aspek penting dari segi kemudahan dan ruang yang ada.

“Kita memutuskan kawasan Batu 2 Jalan Apas kerana masih ada ruang kosong yang boleh digunakan di tapak terbabit untuk dijadikan sebagai pusat penempatan sementara.

“Rasionalny­a, di sana sudah ada kemudahan asas seperti tandas dan tempat memasak untuk mangsamang­sa kebakaran,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dijangka akan turut ke Tawau membawa bantuan khemah kepada mangsamang­sa kebakaran pada Rabu ini.

Berdasarka­n Prosedur Operasi Standard (SOP), bekalan khemah hanya akan disediakan untuk tempoh tiga bulan sebagai kemudahan penempatan mangsa kebakaran.

“Pengerusi JKBA Sabah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman juga dijadual akan melawat tapak kebakaran esok (hari ini),” katanya.

Berhubung status mangsa kebakaran yang masih tinggal di pusat penempatan sementara Batu 2 Jalan Apas melebihi satu tahun pula, Alijius berkata itu adalah ihsan pemilik tanah.

“Selepas diselidik, didapati tidak sampai 20 keluarga yang masih tinggal di situ, dan kita sudah buat keputusan untuk menutup kawasan itu pada penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata mengikut SOP juga bantuan makanan kepada mangsa kebakaran hanya diuruskan oleh JKAB Tawau selama tiga hari selepas kejadian berlaku.

Setakat ini, antara yang tampil membantu, termasukla­h pemimpin-pemimpin tempatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang perseorang­an melibatkan pelbagai bentuk sumbangan.

 ??  ?? TAPAK pusat penempatan sementara mangsa kebakaran di Batu 2 Jalan Apas ini akan dibuka secepat yang mungkin.
TAPAK pusat penempatan sementara mangsa kebakaran di Batu 2 Jalan Apas ini akan dibuka secepat yang mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia