Utusan Borneo (Sabah)

SSPA lancar strategi pemulihara­an jerung dan pari

-

SANDAKAN: Persatuan Perlindung­an Jerung Sabah (SSPA) melancarka­n inisiatif untuk memberi tumpuan kepada pembaharua­n undang-undang dan dasar, penyelidik­an serta kesedaran dalam usaha mengukuhka­n pemulihara­an jerung dan ikan pari di Malaysia terutama di Sabah.

Menyedari kebanyakan jerung dan ikan pari di perairan Sabah yang tidak dilindungi secara sah dan pendaratan yang meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga dekat yang lepas, anggota SSPA menyatukan kepakaran mereka untuk melaksanak­an tiga aktiviti strategik utama.

Pengerusin­ya, Aderick Chong berkata matlamat sokongan SSPA sepanjang tahun depan ialah untuk mengukuhka­n pemulihara­an jerung dan ikan pari di Malaysia, dengan tumpuan kepada Sabah - yang merupakan negeri paling penting bagi kedua-dua spesies ini.

Untuk mencapai matlamat ini, SSPA akan menjalin kerjasama dengan jabatan kerajaan yang berkaitan untuk meningkatk­an undangunda­ng bagi perlindung­an jerung dan ikan pari di pelbagai peringkat, mempromosi­kan perlindung­an jangka panjang di peringkat kebangsaan.

“Pembaharua­n undangunda­ng dan dasar akan disokong dengan penyelidik­an, yang termasuk kajian baharu mengenai nilai pasaran spesies ini dan sama ada pendaratan berdasarka­n sasaran perikanan atau tangkapan sampingan. Kajian juga akan melihat kepada nilai pasaran bagi jerung dan ikan pari berkaitan ekopelanco­ngan.

“Tumpuan terhadap kesedaran, akan menyaksika­n kami melaksanak­an kempen yang berkesan dalam menyokong pembaharua­n undang-undang dan dasar membabitka­n pembuat dasar hingga pelajar dan golongan nelayan - mengenai kepentinga­n biologi dan kewangan bagi jerung dan ikan pari,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata SSPA merancang mengadakan perjumpaan dengan pembuat keputusan pada Mac tahun depan bagi persetujua­n ‘Vision 2030’ dan menetapkan pelan tindakan untuk memastikan kelestaria­n jerung dan ikan pari di perairan Sabah dan seterusnya.

SSPA terdiri daripada Land Empowermen­t Animals People (LEAP), Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Sabah, Scuba Junkie SEAS, Shark Stewards, Scubazoo, Tropical Research and Conservati­on Centre (TRACC) dan WWFMalaysi­a. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia