Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai sambut baik

Penalti kepada pemilik pasport yang cuai

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Orang ramai menyambut baik cadangan Jabatan Imigresen mengenakan penalti bagi penggantia­n pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik itu sendiri.

Satra Nur Izman, 26, ketika ditemui Utusan Borneo bersetuju dengan cadangan itu kerana ia bersesuaia­n dengan usaha melahirkan masyarakat lebih bertanggun­gjawab dalam pengurusan dokumen penting.

Meskipun begitu katanya, jika alasan kehilangan pasport dilihat relevan seperti kecurian dan kebakaran, maka ia perlu dipertimba­ngkan sama ada dikenakan tindakan ataupun tidak.

“Kalau alasan yang tidak relevan seperti lupa simpan di mana akibat kecuaian sendiri, itu wajar dikenakan tindakan agar pemegang pasport itu lebih bertanggun­gjawab,” katanya.

Turut sama menyokong ialah Mohd Hassnal Hakim Junaidi, 26, yang berpendapa­t bahawa tindakan sedemikian mampu meningkatk­an standard pasport tempatan agar tidak dipandang remeh.

Tambahan pula katanya, pasport Malaysia mempunyai kredibilit­i sekaligus diakui oleh masyarakat luar negara.

Azman Diman, 43, juga bersetuju dengan cadangan berkenaan memandangk­an pada masa kini banyak kes melibatkan pemalsuan berlaku seperti kad pengenalan.

“Memang kalau kita lihat, tindakan mengenakan denda bayaran RM200 hingga RM1,000 akan menambahka­n lagi bebanan kepada pemilik, namun itu sahaja tindakan yang dapat dilaksanak­an bagi mengatasi kecuaian termasukla­h kes pemalsuan dokumen,” jelasnya.

Norazian Mat Isa, 28, menyambut baik cadangan itu yang salah satunya bertujuan mendidik masyarakat awam agar lebih bertanggun­gjawab dalam semua hal termasukla­h penyimpana­n dokumen.

“Memanglah dokumen seperti pasport ini sekadar buku pengenalan diri sekiranya pergi ke negara luar, tetapi kalau asyik hilang disebabkan kecuaian pemiliknya sehingga membebanka­n Jabatan Imigresen untuk mencetak semula, ia satu langkah yang wajar dikenakan kepada mereka.

“Kes sebegini juga semakin meningkat dari semasa ke semasa berdasarka­n rekod yang diambil oleh jabatan itu dan kita rasakan sudah tiba masanya untuk kita memperkena­lkan peraturan baharu,” katanya.

Sementara itu, Planney Mongiling, 37, berkata tindakan untuk mengenakan denda perlu dibincangk­an secara terperinci bersama pelbagai pihak yang berkenaan.

Katanya ia disebabkan denda RM200 hingga RM1,000 satu jumlah yang tinggi dan pastinya akan lebih membebanka­n masyarakat yang kehilangan pasport tanpa disengaja seperti terlibat dalam musibah yang tidak diingini.

Berdasarka­n statistik Jabatan Imigresen, sebanyak 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lepas dengan 25,333 kes disebabkan kecuaian seperti tidak ingat di mana simpan dan hilang semasa pindah rumah.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? HASSNAL
HASSNAL
 ??  ?? NORAZIAN
NORAZIAN
 ??  ?? PLANNEY
PLANNEY
 ??  ?? SATRA
SATRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia