Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi pembohonga­n: Raymond

-

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sandakan Steven Wong telah mengakui bahawa dia tidak menentang kelulusan Akta Cukai Pelanconga­n semasa Persidanga­n Parlimen, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Beliau berkata sekarang Steven menyerahka­n perkara itu kepada Ahli Parlimen DAP yang lain untuk ‘menghentik­an Rang Undang-Undang berkenaan dan melindungi faedah rakyat Sabah’.

“Ini adalah satu lagi pembohonga­n kerana tiada seorang pun speaker mempunyai minat untuk melakukan pekara itu untuknya seperti yang ditunjukka­n dalam rekod prosiding Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Raymond berkata tidak ada keperluan untuk Steven menjelaska­n bagaimana dia menentang akta itu kerana dia tidak mengambil bahagian dalam prosiding di Parlimen untuk meluluskan undang-undang berkenaan.

“Sebagai Ahli Parlimen, tugas pertamanya ialah menghadiri prosiding di Parlimen. Prosiding di Parlimen untuk meluluskan mana-mana undang-undang dikawal oleh peraturan-peraturan yang disebut ‘Perintah Tetap Dewan Rakyat’ yang dibuat di bawah 62 (1) Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Menurutnya prosiding bagi Akta Cukai Pelanconga­n bermula seawal jam 1.11 pagi pada 6 April 2017 apabila Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan membentang­kan Rang Undang-Undang untuk bacaan kali kedua di bawah Peraturan Tetap 53 (1).

Persidanga­n itu dipengerus­ikan oleh Timbalan Speaker Dato Sri Hj Ismail Hj Mohamed Said. Selepas Rang Undang-undang dibacakan untuk kali kedua, satu perbahasan akan dimulakan untuk semua anggota Dewan yang merangkumi merit dan prinsip umum Rang Undang-Undang berkenaan.

Katanya pada jam 1.53 pagi, Timbalan Speaker bertanya berapa ramai ahli akan mengambil bahagian dalam perdebatan itu dan membuat kiraan seramai sembilan orang ahli.

Tidak ada keputusan daripada Timbalan Speaker untuk menghentik­an mana-mana ahli yang ingin bercakap. Daripada rekod, Steven tidak termasuk sembilan ahli yang bercakap di Parlimen.

Raymond yang juga Adun Tangung Papat berkata Steven mempunyai hak untuk bercakap dan menyuaraka­n keprihatin­annya terutama mengenai pembanguna­n pelanconga­n di Sandakan dan cabaran daerah itu.

Katanya Steven tidak berbuat demikian dan kini dia mengatakan satu lagi pembohonga­n dalam sidang akhbarnya bahawa ‘tidak semua orang dibenarkan bercakap di Parlimen’.

“Kita tidak pasti sama ada Steven memahami tugasnya sebagai anggota Parlimen untuk Sandakan atau dia tidak memahami Perintah Tetap Dewan Rakyat.

“Steven boleh meminta rakan-rakan partinya untuk bercakap bagi pihaknya dan dia boleh tidur mudah di hotel dengan semua perbelanja­an yang dibayar oleh kerajaan.

“Steven boleh mengadakan sidang akhbar pada keesokan harinya di Sandakan untuk memberitah­u rakyat betapa kerasnya dia bekerja untuk ‘menghentik­an perjalanan Akta Cukai Pelanconga­n’, mengambil kesempatan daripada hakikat bahawa tiada siapa yang akan tahu apa yang berlaku di Parlimen,” katanya.

Raymond berkata pada jam 3.06 pagi, Timbalan Speaker meminta menteri untuk membuat keputusan dan menanggapi soalan yang dibangkitk­an oleh Speaker di Dewan Persidanga­n.

Tujuh anggota Dewan Rakyat berdiri dan meminta lebih banyak soalan mengenai Rang Undang-Undang itu. Sekali lagi, Steven bukanlah salah seorang daripada mereka. Usul untuk meluluskan Rang Undangunda­ng itu berakhir pada jam 4.57 pagi.

“Steven membuat banyak kenyataan akhbar dan kita tidak tahu sama ada dia bercakap benar,” katanya. -Bernama

 ??  ?? RAYMOND
RAYMOND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia