Utusan Borneo (Sabah)

Tempat letak kereta bertingkat dibuka di terminal Bas KK Sentral

-

KOTA KINABALU: Selaras dengan pembukaan tempat letak kereta bertingkat di Terminal Bas KK Sentral yang baharu, orang ramai adalah digesa untuk mengambil peluang dan menggunaka­n ruang letak kereta yang ada.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an dan Trafik DBKK Kalvin Liaw berkata sejumlah 391 lot letak kereta disediakan di ruang letak kereta bertingkat berkenaan.

Bayaran parkir adalah RM3 sekali masuk sehari (Isnin-Jumaat), RM2 sekali masuk sehari (Sabtu, Ahad dan cuti umum) atau pas bermusim RM100 sebulan.

“Perkhidmat­an City Bus juga akan memulakan laluan baharu antara Terminal Bas KK Sentral (KKS) dan Hospital Queen Elizabeth bermula 1 Julai 2017. City Bus akan memulakan perjalanan pada jam 6 pagi dari Terminal Bas KKS dan bas terakhir pada jam 10 malam dari Hospital Queen Elizabeth. “Kekerapan perkhidmat­an adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik. Selain itu, tambang bas yang dikenakan ialah RM1 bagi setiap perjalanan. Kadar tambang ini merupakan ‘flat rate’ pada setiap perhentian sepanjang laluan KKSHQE-KKS,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Kalvin berkata Terminal Bas KKS adalah salah satu daripada empat terminal bersepadu yang dicadangka­n di dalam Pelan Induk Pengangkut­an Awam Bandaraya Kota Kinabalu. Katanya memandangk­an tiga terminal yang lain iaitu Terminal Bersepadu Selatan (Kepayan), Terminal Bersepadu Utara (Inanam) dan Terminal Bersepadu Timur (Penampang) masih belum dibina, stesen bas sementara di hadapan Marina Court/ Hotel Promenade dan Bandaran Berjaya masih lagi beroperasi seperti biasa.

“Oleh itu, orang awam boleh ke Terminal Bas KK Sentral menggunaka­n perkhidmat­an City Bus yang beroperasi dalam kawasan Pusat Bandaraya dan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia