Utusan Borneo (Sabah)

Kes kemalangan maut berkuranga­n 55 peratus

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini catat penurunan sebanyak 55 peratus kes kemalangan maut.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, sebanyak 10 kes kemalangan maut direkodkan berbanding 22 kes tahun lepas dengan penurunan sebanyak 12 kes.

Katanya kategori kemalangan parah turut mencatatka­n penurunan sebanyak 44 peratus membabitka­n sembilan kes berbanding 16 kes tahun lepas.

Daripada jumlah kes kemalangan maut itu jelasnya, sebanyak 11 kematian direkodkan berbanding 22 kematian tahun lepas iaitu penurunan sebanyak 50 peratus.

Menurutnya kategori penunggang dan pembonceng motosikal mencatatka­n kematian seramai empat orang berbanding tahun lepas seramai 10 orang.

“Bagaimanap­un, tahun ini jumlah saman yang dikeluarka­n meningkat sebanyak 15 peratus bersamaan 1,668 saman.

“Selama dua minggu Ops Selamat dijalankan, sebanyak 13,121 saman dikeluarka­n berbanding 11,453 saman pada 2016.

“Kita juga berjaya merampas tiga motosikal curi dan menahan penagih dadah sepanjang operasi ini berjalan,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata kejayaan Ops Selamat kali ini adalah hasil penempatan lebih ramai anggota polis di 30 laluan ‘panas’ yang dikenal pasti.

Pihaknya juga hanya membenarka­n membenarka­n lapan peratus daripada jumlah keseluruha­n anggota polis untuk bercuti pada Hari Raya Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia