Utusan Borneo (Sabah)

Demi kanak-kanak istimewa

SMC terima sumbangan RM22,000 daripada AHAM

- Oleh YAP SIONG HAN

SMC sangat aktif dalam menyokong perkembang­an kanak-kanak istimewa untuk mencapai potensi sepenuh mereka. Sebagai sebuah badan kebajikan, operasi harian SMC sudah pasti sangat bergantung kepada sokongan dan sumbangan orang awam. TENG CHEE WAI Pengarah Urusan AHAM

KOTA KINABALU: Affin Hwang Asset Management Berhad (AHAM) menyerahka­n sumbangan sebanyak RM22,000 kepada Pusat Seri Mengasih (SMC) dalam usaha membantu pusat itu meringanka­n beban operasi harian.

Pengarah Urusan AHAM Teng Chee Wai berkata pihaknya sering melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk komuniti tempatan.

“SMC sangat aktif dalam menyokong perkembang­an kanak-kanak istimewa untuk mencapai potensi sepenuh mereka.

“Sebagai sebuah badan kebajikan, operasi harian SMC sudah pasti sangat bergantung kepada sokongan dan sumbangan orang awam.

“Sebagai contoh, SMC telah mengadakan SMC Heroes Run yang telah berlangsun­g beberapa bulan lalu,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan itu, kelmarin.

Beliau berkata AHAM juga akan melaksanak­an beberapa lagi program CSR sepanjang tahun ini di beberapa lokasi seperti Kuching, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Johor Baru.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Seri Mengasih Monica Chua berkata operasi pusat itu menelan kos sebanyak RM70,000 sebulan.

“Yuran yang dipungut setiap bulan daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka di sini adalah sebanyak RM25,000.

“Jumlah itu tidak mampu menampung kos perbelanja­an selebihnya dan kami terpaksa mencari inisiatif bagi menambah dana yang sedia ada dengan mengadakan acara larian amal dan sebagainya,” katanya.

Katanya SMC bakal berpindah ke bangunan baharu yang dijangka siap pada tahun 2019 bertempat di Sulaman Kingfisher iaitu di belakang Taman Kingfisher dengan keluasan tiga ekar.

Beliau berkata sepatutnya pusat itu akan mula dipindahka­n pada April tahun hadapan tetapi disebabkan kelewatan dari segi pembinaan maka terpaksa menunggu sehingga tahun 2019.

“Kita sudah bersedia sekiranya dipindahka­n pada bila-bila masa. Kemudahan sedia ada di sini akan turut kita bawa jika berpindah ke kawasan baharu bagi mengelakka­n pembaziran memandangk­an kemudahan terbabit masih elok untuk digunakan.

“Pihak kami sedikit kesal atas keputusan perpindaha­n itu kerana sudah melebihi prosedur yang ditetapkan namun ia tidak mengganggu proses pembelajar­an pelajar di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program dan Perkhidmat­an SMC Jenny Tham berkata sumbangan yang diterima itu adalah sangat bermakna bagi SMC kerana ia mampu membantu meringanka­n beban.

“Kita berharap lebih banyak agensi, badan korporat serta orang persendiri­an memberikan sumbangan bagi membantu pelajar di sini yang memerlukan lebih banyak perhatian serta pemantauan dalam menjalani latihan di pusat berkenaan,” katanya.

Katanya setakat ini, pusat berkenaan mempunyai 43 kakitangan bagi membantu melatih dan mengurus tadbir pusat berkenaan yang memuatkan 90 pelajar istimewa.

“Pihak kami turut menggunaka­n kaedah psikologi termasukla­h penggunaan‘ Dousa Hou’ dan ‘Kololo’ dengan teknologi Jepun bagi membimbing kanak-kanak autisme dan juga membantu pergerakan minda mereka,” katanya.

SMC juga menerima pelajar seawal usia lima sehingga 35 tahun bagi membantu golongan terbabit menjalani kehidupan sosial seperti orang biasa, daripada duduk di rumah tanpa melakukan sesuatu.

 ??  ?? buah tangan yang dihasilkan pelajar SMC untuk dipasarkan.
buah tangan yang dihasilkan pelajar SMC untuk dipasarkan.
 ??  ?? ANTARA fasiliti yang terdapat di SMC.
ANTARA fasiliti yang terdapat di SMC.
 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TENG (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang pelajar istimewa.
TENG (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang pelajar istimewa.
 ??  ?? TENG (empat kanan) menyerahka­n replika cek kepada Monica (tiga kiri).
TENG (empat kanan) menyerahka­n replika cek kepada Monica (tiga kiri).
 ??  ?? TENG (empat kiri) bersama sebahagian pelajar istimewa SMC dan kakitangan AHAM.
TENG (empat kiri) bersama sebahagian pelajar istimewa SMC dan kakitangan AHAM.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar istimewa dalam sesi harian di SMC.
SEBAHAGIAN pelajar istimewa dalam sesi harian di SMC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia