Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki diperintah berkelakua­n baik

Akibat mencuri di sebuah restoran di Penampang

-

Tertuduh mencuri wang tunai sebanyak RM72, 096.70 dan tiga buah televisyen, milik Liew Yun Len 43, pada 26 Jun lalu jam 4.37 pagi hingga jam 7.30 pagi, di Upperstar Cafe & Bar Plaza 333, Penampang.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bernasib baik apabila hanya dikenakan bon berkelakua­n baik selama tempoh dua tahun, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan mencuri di sebuah restoran.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Ronny Nicholas, 21, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mencuri wang tunai sebanyak RM72, 096.70 dan tiga buah televisyen, milik Liew Yun Len 43, pada 26 Jun lalu jam 4.37 pagi hingga jam 7.30 pagi, di Upperstar Cafe & Bar Plaza 333, Penampang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pada 26 Jun lalu pengadu menyedari tiga buah televisyen hilang dan mendapati, pintu belakang dapur terbuka.

Pemeriksaa­n lanjut di peti simpanan wang tunai mendapati, sejumlah wang tunai hasil kutipan selama lima hari telah hilang.

Siasatan di tempat kejadian, unit forensik berjaya membuat swab DNA dan tiga kesan cap cari yang dipercayai disentuh suspek dihantar ke makmal kimia.

Penelitian rakaman video litar tertutup menunjukka­n, seorang lelaki yang tidak dikenali memakai jaket biru, memakai penutup kepala dan muka serta memakai sarung tangan membuka mangga dan pintu premis.

Semasa rayuan, pihak pembelaan memohon tertuduh yang baharu tamat Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dengan CGPA 3.34 dikenakan bon berkelakua­n baik.

Tertuduh hanya pekerja separuh masa di premis berkenaan setelah mendapat kebenaran daripada ibu bapanya.

Selain itu, tertuduh juga akan melanjutka­n pelajarann­ya di peringkat universiti pada September depan, sekiranya dikenakan penjara akan menjejaska­n masa depannya.

Pihak pembelaan juga menghujahk­an, tertuduh mengalami krisis identiti apabila berhadapan dengan rakan-rakan dan persekitar­an yang baharu.

Mahkamah mengenakan deposit sebanyak RM5,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan yang terdiri daripada ibu atau ayah.

Terdahulu, Jessica mengingatk­an tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama dan menggunaka­n alasan krisis identiti pada masa hadapan.

“Apa yang dilakukan oleh ibu bapa kamu akan menjadi sia-sia,” katanya sambil memegang sijil STPM tertuduh.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 2 Ogos depan sebagai pra-pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraa­n terhadap seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan sama.

Keputusan itu dibuat terhadap Mohd Hazri Mohd Yussof selepas mengaku tidak bersalah mencuri dua telefon bimbit milik seorang wanita.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 Jun tahun ini di sebuah kuarters, Penampang, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n ikat jamin sebanyak RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia