Utusan Borneo (Sabah)

Ugut dan lakukan khianat, lelaki dipenjara 13 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang melakukan khianat dan mengugut jenayah dikenakan penjara 13 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Arzibar Umdan, 29, selepas mengaku bersalah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Pertama, tertuduh dikenakan penjara tiga bulan atas kesalahan merosakkan sebuah bot milik Ho Nyuk Yu, 42, yang mana disabitkan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-dua sekali.

Kedua, Arzibar dipenjara sepuluh bulan kerana mengugut akan mencederak­an Boneventur­e James, 38, yang didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama.

Boleh dikenakan penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 26 Jun tahun ini jam 12.05 pagi, di perairan dekat Sutera Harbour Resort, di sini.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengamuk di atas bot sambil memegang sebilah kapak dan parang.

Anggota polis memberikan arahan kepada tertuduh supaya bertenang, tetapi tertuduh bertindak agresif dengan cuba menyerang.

Satu das tembakan dilepaskan ke udara untuk memberikan amaran dan tertuduh terus membuang senjata berkenaan ke dalam laut.

Berlaku pergelutan antara tertuduh dengan pihak polis dan semasa kejadian, tertuduh merosakkan bot milik Ho dengan memecahkan lampu.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana mempunyai tiga anak yang masih kecil. Mahkamah memerintah­kan Arzibar menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia