Utusan Borneo (Sabah)

Didenda RM100 kerana miliki harta curi

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak RM100 atau penjara sehari, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki barangan yang disyaki harta curi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Nurfaizam Ariffin, 23, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100 atau penjara sehingga tempoh tiga bulan atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh gagal memberikan penjelasan munasabah bagaimana memiliki enam buah bateri pelbagai jenis yang dipercayai harta curi.

Kesalahan itu dilakukan pada 20 Jun lalu jam 2.45 petang, di Taman Mahkota, Jalan Bundusan-Luyang, di sini.

Dalam pada itu, mahkamah juga mengarahka­n barangbara­ng berkenaan dilupuskan oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, Jessica menetapkan pada 10 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa memiliki motosikal curi.

Keputusan itu dilakukan terhadap Tommy Joibi, 30, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 411 kanun sama.

Tertuduh didapati dalam milikannya motosikal Yamaha, pada 16 Jun tahun ini di sebuah kampung di Manggatal, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah, minimum penjara enam bulan dan maksimum lima tahun atau dengan denda.

Kedua-dua pendakwaan itu dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia