Utusan Borneo (Sabah)

Tradisi rumah terbuka

Erat perpaduan masyarakat pelbagai kaum

- Oleh YUSOP TEPPO

Keamanan yang dinikmati rakyat daripada pelbagai etnik dan fahaman agama bukannya datang secara bergolek namun merupakan hasil kebijaksan­aan pemimpin menerajui negara. DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran

BELURAN: Tradisi rumah terbuka pada perayaan di negara ini merupakan amalan yang mampu mengeratka­n perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata sebagai contoh, perayaan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan oleh umat Islam sahaja malah telah menjadi budaya bahawa perayaan itu disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk komited memperkuku­hkan kemakmuran dan keamanan negara tanpa wujud ruang perpecahan yang boleh dieksploit­asi golongan yang cuba mengambil kesempatan menghancur­kan negara.

“Keamanan yang dinikmati rakyat daripada pelbagai etnik dan fahaman agama bukannya datang secara bergolek namun merupakan hasil kebijaksan­aan pemimpin menerajui negara,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Parlimen Beluran di Dewan Masyarakat Beluran di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asi bidan Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

Mengenai penganjura­n majlis itu, beliau gembira ramai penduduk Beluran meluangkan masa berkunjung dan memeriahka­n rumah terbuka anjuran Pejabat Parlimen Beluran itu.

Katanya ini menunjukka­n semangat perpaduan yang sangat erat tanpa mengira anutan agama dan kumpulan etnik.

Menurutnya suasana ini merupakan kekuatan yang ada di negara ini khususnya di negeri ini yang mempunyai pelbagai kaum.

Pada Majlis itu, Ronald turut menyaksika­n penyampaia­n surat tawaran menunaikan fardhu haji tahun ini dibawah program khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada empat orang yang terpilih di Daerah Beluran.

Mereka ialah Jainuddin Ambasing, Mohamad Nasa Samsu, Abdul Rajak Saliun dan Dewa Atang.

 ??  ?? RONALD (tengah) menyaksika­n Mohamad Nasa (dua dari kiri) menerima surat tawaran menunaikan fardu haji dibawah program khas JPM.
RONALD (tengah) menyaksika­n Mohamad Nasa (dua dari kiri) menerima surat tawaran menunaikan fardu haji dibawah program khas JPM.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengambil peluang berswafoto bersama Ronald pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Parlimen Beluran.
PENGUNJUNG mengambil peluang berswafoto bersama Ronald pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Parlimen Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia