Utusan Borneo (Sabah)

Ketiadaan lemang sambut raya jadi kerinduan pelajar di perantauan

- Oleh JOHAN AZIZ

KEN INGAU: Ketiadaan juadah Lemang semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri hari pertama menjadikan para pelajar yang berada di perantauan terasa kerinduan kepada kampung halaman.

Itulah yang dirasai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Kanada ketika menyambut Hari Raya di perantauan bersama rakanrakan senegara.

“Memang kerinduan amat terasa kepada kampung halaman apabila juadah lemang tidak ada dihidangka­n,” kata Sherly Pranchis yang berasal dari Keningau.

Sherly yang pada masa ini belajar di Universiti Boule Vard Vancouver Kanada berkata itulah yang diluahkan oleh rakan-rakan senegara dengannya ketika menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri di rumah penginapan pelajar Malaysia di Vancouver, Kanada.

“Juadah ketika menyambut Hari Raya di perantauan tidak banyak berbeza dengan juadah yang terdapat di negara ini.

“Kami bersama kakitangan kedutaan Malaysia menyediaka­n dan memasak juadah Hari Raya dengan menggunaka­n menu Malaysia, kari, rendang daging, ayam, biskut dan ketupat.

“Cuma masakan lemang sahaja yang tidak ada dan itu sebab rakan-rakan termasuk saya rindukan kampung halaman,” katanya melalui komen Whatsappny­a.

Sherly berkata suasana Hari Raya di perantauan macam juga sambutan di Malaysia, cuma kunjung mengunjung­i terhad kerana mereka membuat majlis itu di rumah penginapan pelajar Malaysia.

Katanya suasana begitu meriah kerana pelajar dari luar negara lain turut hadir dan mereka juga merasa gembira dengan dendangan lagu-lagu raya dan terasa suasananya macam di Malaysia juga.

“Sambutan raya di perantauan disambut sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan pelajar dan keluarga kakitangan dari Kedutaan Malaysia di Kanada juga rakan pelajar dari pelbagai negara dan bangsa.

“Komen rakan-rakan saya dari Semenanjun­g merasa kerinduan kampung kerana ketiadaan lemang. Di Kanada, lemang tidak sempat disediakan dan harapan raya akan datang ialah juadah lemang dapat disediakan di samping dapat beraya bersama pelajar tahun akhir jurusan Sains Pemakanan, Biotik dan Perubatan,” katanya.

Sherly dan seluruh pelajar Malaysia di Universiti Boule Vard Kanada mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua keluarga, saudara mara dan rakan-rakan di Malaysia.

Ayah Sherly, Pranchis Andin, meluahkan perasaan rindu kepada anak-anak untuk beraya bersama.

“Apapun, sebagai ibu bapa kita mendoakan sambutan raya dengan rakan pelajar di Kanada terdiri pelbagai bangsa akan menjadi satu simbol persahabat­an dan satu keluarga yang harmoni,” katanya.

 ??  ?? PARA pelajar bergambar dengan rakan senegara sempena sambutan hari pertama Aidilfitri.
PARA pelajar bergambar dengan rakan senegara sempena sambutan hari pertama Aidilfitri.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N di wajah para pelajar Malaysia dapat bersama-sama berhari raya di kediaman mereka di Kanada.
KEGEMBIRAA­N di wajah para pelajar Malaysia dapat bersama-sama berhari raya di kediaman mereka di Kanada.
 ??  ?? SHERLY (berdiri) memegang Jalur Gemilang bersama para pelajar di rumah penginapan pelajar Malaysia.
SHERLY (berdiri) memegang Jalur Gemilang bersama para pelajar di rumah penginapan pelajar Malaysia.
 ??  ?? SHERLY (kanan) bersama rakan-rakan senegarany­a menunjukka­n makanan yang disediakan.
SHERLY (kanan) bersama rakan-rakan senegarany­a menunjukka­n makanan yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia