Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk perpaduan masyarakat, kekalkan keharmonia­n negara

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Majlis Pertemuan Pemimpin-Pemimpin Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kawasan Muruk Bersama Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Gereja SIB Kampung Sagindai Baru, di sini baru-baru ini.

Program itu lebih kepada perbincang­an isu-isu semasa yang menjurus kepada landasan dalam pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk khasnya di daerah ini dan seterusnya negeri Sabah dan negara Malaysia amnya.

Sempena majlis itu, Arthur dijemput menyertai para penatua, pastor dan pemimpin gereja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan Kawasan Muruk, untuk bersama-sama dalam sesi perkongsia­n idea serta keterbukaa­n minda bagi menyemarak­kan aktiviti keagamaan Kristian di kawasan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagulagu kerohanian Kristian disusuli dengan khutbah oleh Penatua James George.

Pada majlis itu juga, Arthur menerima banyak surat permohonan daripada pihak gereja untuk disampaika­n kepada Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin, melalui bual mesra dengan pemimpin pemimpin agama di kawasan berkenaan, dan beliau turut memahami akan keperluan atau permohonan yang dikemukaka­n.

Dengan itu, beliau dengan ikhlas hati menyatakan rakyat harus menghargai para pemimpin seperti Ewon, Datuk Siringan Gubat, Datuk Seri Pagnlima Masidi Manjun dan Datuk Dr Joachim Gunsalam dengan memberi sokongan padu serta majoriti yang lebih besar pada PRU yang akan datang.

Turut hadir Setiusaha SIB Kawasan Ranau Penatua Rudi Burain, Ketua SIB Kawasan Muruk Pastor Markus Gontidong, Pastor Gereja Kg Sagindai Baru - Zain, Pastor Gereja Kg Bitoon Siansim Kebindong, Penatua Gereja Kg Kodop Jasni Masiton dan wakil Pastor Gereja Kg Terikon Jinus Sakir.

Hadir sama Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Roslan Miki, Ketua Pemuda PBS Paginatan Faustin Thomas, Ketua Pemuda Umno Cawangan Bongkud Rayner Bakoi, Pengerusi JKKK Lohan Ulu Mohd Yusuf Mohd Kahar dan Ahli Pemuda Upko Hisyam Linus.

 ??  ?? ARTHUR (enam kiri) bersama para pemimpin Gereja SIB Kawasan Muruk.
ARTHUR (enam kiri) bersama para pemimpin Gereja SIB Kawasan Muruk.
 ??  ?? ARTHUR (dua kiri) bersama sebahagian pemimpin Gereja SIB Kawasan Muruk.
ARTHUR (dua kiri) bersama sebahagian pemimpin Gereja SIB Kawasan Muruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia